Syiahkah aku kalau bersedih tanggal 10 Muharram sempena Hari Karbala | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, November 14, 2013

Syiahkah aku kalau bersedih tanggal 10 Muharram sempena Hari Karbala

Sungguh, aku betul-betul tak faham. Syiahkan aku kalau aku memilih untuk bersedih pada tanggal 10 Muharram memperingati Hari Karbala. Kalau menangisi peristiwa Karbala pada 10 Muharran tu dikira Syiah aku takdak masalah langsung kalau ada yang nak kata aku Syiah...

Sempena hari ni 10 Muharram atau dalam kamus hidup orang melayu lebih popular dengan Hari Asyura, untuk posting ni aku nak lupakan sat pasai politik Malaysia, termasuk politik PAS yang semakin serabut sekarang menjelang pemilihan PAS ni.

Hari ni 10 Muharram 1435 Hijrah ulangtahun kepada banyak perintiwa besar dan dahsyat dalam sejarah nabi-nabi terdahulu termasuk yang paling terkenal sejarah banjir besar zaman nabi Nuh yang mengilhamkan kat orang melayu resepi popular setahun sekali iaitu 'bubur asyura'.
Untuk umat Nabi Muhammad jugak ada sejarah yang tak kurang dahsyatnya bila cucu nabi yang cukup baginda sayang dipancung kepalanya di kerbala oleh tentera si CELAKA yang setia membabi buta kepada Yazid bin Muawiyah, anak 'raja' pertama dalam sejarah Islam, Kerajaan Umayyah.

Diceritakan, kepala cucu baginda yang dah dipenggal oleh Syamr bin Dzi Jausyan tu dibawa di atas hujung tombak kepada Ubaidillah bin Ziyad panglima perang yang CELAKA yang kemudiannya diserahkan kepada Yazid bin Muawiyah kepala kepada para CELAKA di Damaskus.

Yang aku mushkilnya, pasai apa masa alam persekolahan dulu aku tak pernah langsung bersedih pada tanggal 100 Muharram atas kejadian yang sepatutnya sanga-sangat menyedihkan seluruh umat nabi Muhammad dan pelaku-pelaku yang CELAKA tu sepatutnya dilaknat sepanjang zaman oleh seluruh umat Muhammad.

Lain la kalau cucu baginda tu dipancung kepala pasai rogol anak bini orang atau bunuh sapa-sapa tapi kepala dia dipenggal semata-mata pasai dia cucu nabi yang dikhuatiri boleh menggugat kedudukan seorang 'sultan'.

Selepas terdedah melalui pembacaan sendiri, aku boleh faham pasai apa puak Syiah terlalu mengagungkan sambutan Hari Asyura termasuk ada mazhab yang sampai sanggup cederakan tubuh badan depa sendiri meratapi kematian cucu baginda.

Yang aku tak boleh fahamnya, pasai apa Ahli Sunnah wal Jamaah macam biarkan hak mengenangkan sejarah memilukan tu cuma untuk puak syiah sedangkan ada hadith dari Abu Hurairah yang kata:

Rasulullah datang kepada kami bersama kedua cucunya, Hasan dan Husein. Yang pertama ada di bahunya yang satu, dan yang kedua ada di bahunya yang lain. Sesekali baginda Rasulullah menciumnya, sampai beliau berhenti di tempat kami. Kemudian baginda bersabda, ‘Barangsiapa mencintai keduanya (Hasan dan Husein) bererti ia mencintai aku. Barangsiapa membenci keduanya bererti ia membenci aku’.”

Memang tak salah kita menghayati pengajaran dari peristiwa banjir besar pada zaman Nabi Nuh tu malah Nabi Muhammad sendiri menggalakkan kita berpuasa 2 hari sempena tgarikh bersejarah 10 Muharram tu.

Tapi bagi aku sangat-sangat tak patut kalau pada tanggal 10 Muharram tu kita langsung tak teringat kisah pembunuhan cucu kesayangan nabi yang dipenggal kepalanya oleh tentera raja yang zalim.

Sekali pun belum pernah lagi sepanjang hidup aku dengar ceramah sempena 10 Muharram di masjid-masjid atau surau-surau yang cerita pasai episod sedih ni.

Sungguh, aku betul-betul tak faham...

Syiahkan aku kalau aku memilih untuk berkabung pada tanggal 10 Muharram, Hari Karbala. Kalau memperingati Karbala tu dikira Syiah aku takdak masalah langsung kalau ada yang nak kata aku Syiah...


p/s. Sapa yang taktau macamana riwayat kematian sorang lagi cucu kesayangan Nabi yang bernama Hassan tolong hempuk kepala hangpa kat dinding. Konon mengaku cintakan kat nabi, KEPALA HOTAK HANGPA...

Nota kaki makan cekam:  Memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...