Ust Tuan Ibrahim sia-siakan peluang hentikan kempen 'ulamak vs profesional' yang CELAKA | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, November 08, 2013

Ust Tuan Ibrahim sia-siakan peluang hentikan kempen 'ulamak vs profesional' yang CELAKA

Sebagai ahli PAS aku menghormati pendirian dan keputusan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man ni, cumanya aku sikit terkilan pasai pada aku keputusan Ustaz Tuan Ibrahim ni mensia-siakan peluang untuk hentikan kempen mengarut 'ulamak vs profesional' yang semakin menggila sekarang ni.

Harakahdaily melaporkan:
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengambil keputusan menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS pada pemilihan sempena Muktamar ke-59 bermula 22 November ini.

Keputusan itu dinyatakan dalam satu kenyataan di facebook beliau sebentar tadi.

Bagaimanapun, beliau hanya akan bertanding jawatan Naib Presiden, iaitu jawatan yang pernah disandang beliau empat tahun lalu. - Hrkh.    
Dalam status dia di facebook Ust Tuan Ibrahim tulis:
Setelah meneliti ketiga-tiga jawatan yang saya dicalonkan, antara Ahli Jawatankuasa, Naib Presiden dan Timbalan Presiden, maka saya dengan rendah diri menawarkan diri untuk menerima pencalonan sebagai Naib Presiden dalam Muktamar PAS ke 59 kali ini.

Penerimaan ini adalah seimbang bagi merai kehendak kawasan yang mencalonkan saya sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Timbalan Presiden.

Namun, saya menyerahkan kepada perwakilan untuk memilih barisan kepimpinan parti dalam menghadapi cabaran yang lebih besar pada masa depan.

Keputusan untuk bertanding Naib Presiden adalah keputusan yang diambil diri saya sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana- mana pihak. Ia lebih kepada penilaian diri dengan kemampuan melaksanakan tugas yang diamanahkan. - Facebook ustaztitm.
Sebagai ahli PAS aku menghormati pendirian dan keputusan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man ni, cumanya aku sikit terkilan pasai pada aku keputusan Ustaz Tuan Ibrahim ni mensia-siakan peluang untuk hentikan kempen pmengarut 'ulamak vs propesional' yang semakin menggila sekarang ni.

Dalam status tu Ust Tuan Ibrahim jugak ada tulis:
Akhirnya saya ingin berpesan agar jangan sesekali kita termasuk dalam perangkap yang dipasang oleh musuh bagi memecah-belah antara kita, dan jangan pula kita membenarkan apa yang musuh tuduh kepada kita. Semua pihak samada aktivis, ulamak atau profesional adalah tenaga penting bagi memperkukuhkan perjuangan parti. Mari kita memperkukuhkan jamaah ini dengan memelihara ukhuwah, thiqah pada pimpinan dan menghargai mereka yang lama dalam perjuangan yang berliku ini, serta tasamuh dalam perbezaan pandangan. Setiap orang perlu memainkan peranan sebagai faktor penyatu parti. Menyatukan parti tidak harus diletakkan di atas bahu mana-mana individu tertentu sahaja. - Ibid.
Pada aku kalau Ust Tuan Ibrahim bertanding jawatan Timbalan Presiden dan ujud pertandingan 4 penjuru bila Hj Husam juga masuk bertanding, kempen melobi tahab gaban yang mengarut tu akan jadi dah tak relevan. Aku yakin kalau Ust Tuan Ibrahim bertanding jawatan tu, Hj Husam pun turut akan masuk sama.

Macam yang aku tulis sebelum ni dalam posting bertajuk 'Husam harap Ust Tuan Ibrahim bertanding jawatan Timbalan Presiden?' aku dah huraikan maksud aku tu:
Aku yakin pelobi tahap gaban macam El-Haraki yang bersungguh-sungguh kempen untuk ulamak akan jadi payah nak kempen untuk calon pilihan dia, macam tu jugak dipihak pelobi tahap gaban yang dilabel 'anti-ulama' oleh pelobi pro-ulamak.

Lagi satu, bila berlaku pertandingan 4 penjuru macam tu, semua perwakilan akan lebih mudah untuk memilih berdasarkan merit, bukan lagi semata-mata berdasarkan ulamak ataupun profesional. - Ibid.
Tapi nak buat macamana, keputusan dah pun Ust Tuan Ibrahim buat dan aku yakin lepas ni Hj Husam pun akan buat keputusan yang sama, akan tarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden dan cuma akan  bertanding jawatan Naib Presiden.

Aku yakin lepas ni kempen mengarut tahap gaban 'ulamak vs profesiona' akan lagi lebih rancak dan lebih mengarut lagi bahkan setakat ni pun dah sampai tahap CELAKA.

Aku cukup yakin lepas ni akan banyak lagi 'rahsia parti' akan bocor, lagih teruk dari tu lebih banyak fitnah yang akan muncul yang akhirnya akan lebih merugikan parti.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...