Dan bermulalah kempen melobi tahap gaban dalam PAS yg belum pernah kita tengok sebelum ni... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, November 09, 2013

Dan bermulalah kempen melobi tahap gaban dalam PAS yg belum pernah kita tengok sebelum ni...

Aku cukup yakin bermula hari ni terutama sekali untuk pertandingan 2 penjuru jawatan Timbalan Presiden PAS kempen BANGANG lagi CELAKA 'ulamak vs profesional'  akan jadi agenda utama Utusan yang akan cuba sungguh-sungguh untuk melaga-lagakan lagi antara ulamak dan profesional dalam PAS.

Semalam tarikh akhir untuk semua calon jawatan-jawatan PAS di peringkat Pusat untuk buat keputusan untuk bertanding atau tidak.

Setakat semalam kompom untuk jawatan Timbalan Presiden akan berlaku pertandingan 2 penjuru antara penyandang Hj Mat Sabu dengan Ust Nik Amar, Timbalan Menteri Besar Kelantan. Hj Husam sahkan tarik diri tak lama selepas Ust Tuan Ibrahim Tuan Man keluar statement dia tarik diri.
Suka aku nak ulang kekecewaan aku pasai tak jadi pertandingan 4 penjuru antara bang Mat Sabu, Hj Husam, Ust Tuan Ibrahim dan Ust Nik Amar.

Macam aku tulis sebelum ni aku harap sangat jadi pertandingan 4 penjuru yang kalau berlaku, kempen BANGANG lagi CELAKA 'ulamak vs profesional' akan jadi tak relevan.

Tapi nak buat macamana, macam yang termaktub dalam perlembagaan, setiap ahli bukan saja berhak untuk memilih dan dipilih tapi ahli jugak tidak dilarang untuk tidak memilih dan tidak dipilih.

Semalam aku update status dalam facebook:
Kompom kut cuma Mat Sabu vs Ust Nik Amar utk kerusi Timbalan Presiden PAS.

Aku cukup yakin lepas ni kita boleh tengok kempen melobi tahap gaban dalam PAS yg belum pernah kita tengok sebelum ni.

Jgn terkejut kalau lebih banyak rahsia PAS di Kelantan didedahkan lepas ni dan macam tu jugak dengan rahsia PAS di Kedah.

Dan aku jugak yakin akan ada yang beraksi BANGANG lagi CELAKA... - Facebook Cenangau Daunkari.
Hari ni di awal pagi dalam pukul 3:15 Utusan dah mula kempen BANGANG lagi CELAKA tu dengan tajuk Mat Sabu dicabar ulama...
Persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden Pas pada Muktamar Ke-59 parti itu akhir bulan ini dijangka menyaksikan pertembungan sengit satu lawan satu antara penyandangnya, Mohamad Sabu dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu dilihat bakal berdepan cabaran getir daripada Mohd. Amar yang dicanangkan sebagai mewakili kepimpinan ulama. - Utusan.
Aku cukup yakin lepas ni terutama sekali untuk pertandingan 2 penjuru jawatan Timbalan Presiden PAS, kempen 'ulamak vs profesional' di Utusan akan jadi lebih BANGANG dan CELAKA.

Kempen tu tentu punya akan jadi agenda utama Utusan yang akan cuba sungguh-sungguh untuk melaga-lagakan lagi antara ulamak dan profesional dalam PAS.

Dan yang lebih CELAKA lagi aku sangat-sangat yakin Utusan akan berkempen lebih kepada pro-ulama' walaupun sebenarnya Utusan langsung tak layak untuk mengaku pro-ulamak pasai dah terbukti sebelum ni Utusan sebenarnya adalah akhbar pemfitnah No.1 Malaysia.

Apa pun, aku harap sangat-sangat dalam keghairahan para pelobi dalam PAS melobi, tolong la jangan over sangat sampai buka pekung PAS, takut nanti yang menang jadi arang yang kalah jadi abu...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...