Aku harap sangat pemilihan kali ni berlaku pertandingan 4 penjuru untuk jawatan Timbalan Presiden PAS tu. Pasainya walaupun tetap akan ada yang timbulkan pertandingan ulamak vs profesional tapi bila dah 4 penjuru ni kempen mengarut ulamak vs profesional tu dah jadi tak relevan.
TheMalaysianInsider melaporkan:
Datuk Husam Musa (gambar) hanya akan membuat keputusan untuk bertanding mana-mana jawatan tertinggi parti selepas Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membuat keputusannya.
Husam berkata, ini kerana tumpuan ahli PAS sekarang adalah kepada pendirian Tuan Ibrahim sama ada mahu bertanding atau tidak khasnya jawatan timbalan presiden.
"Ahli PAS sangat berharap kepada beliau untuk bertanding. Jadi sehingga beliau membuat apa-apa keputusan, saya masih membuat pertimbangan dan berbincang dengan semua peringkat parti," kata Husam ketika dihubungi. - TMI.
Kalau tengok ke laporan TMI tu nampak macam Husam bagi hint yang dia akan bertanding jawatan Timbalan Presiden kalau Ust Tuan Ibrahim pun bertanding jawatan tu. Nampak macam dia berharap Ust Tuan Ibrahim bertanding supaya dia boleh rasa selesa masuk bertanding.
Bang Mat Sabu dah awal-awal lagi bagitau yang dia akan pertahankan jawatan tu. Ust Nik Amar Timbalan Menteri Besar Kelantan pun nampak gaya macam bersungguh-sungguh nak bertanding. Maknanya ada kemungkinan akan berlaku pertandingan 4 penjuru.
Selain dari 4 orang tu, Salahuddin Ayub pun layak jugak untuk bertanding tapi dia dah awal-awal lagi bagitau yang dia cuma akan bertanding mempertahankan jawatan Naib Presiden yang dia pegang sekarang.
Bukan maksud aku Husam rasa selesa untuk menang tapi dia akan rasa selesa pasai dia bukan 'melawan Mat Sabu'. Kalau berlaku 3 penjuru antara Mat Sabu, Ust Nik Amar dan Husam, tentu punya akan berlaku Mat Sabu lawan Husam dan Ust Nik Amar akan menang mudah.
Aku harap sangat pemilihan kali ni berlaku pertandingan 4 penjuru untuk jawatan Timbalan Presiden PAS tu. Pasainya walaupun tetap akan ada yang timbulkan pertandingan ulamak vs profesional tapi bila dah 4 penjuru ni aku kempen mengarut ulamak vs profesional dah jadi tak relevan.
Aku yakin pelobi tahap gaban macam El-Haraki yang bersungguh-sungguh kempen untuk ulamak akan jadi payah nak kempen untuk calon pilihan dia, macam tu jugak dipihak pelobi tahap gaban yang dilabel 'anti-ulama' oleh pelobi pro-ulamak.
Lagi satu, bila berlaku pertandingan 4 penjuru macam tu, semua perwakilan akan lebih mudah untuk memilih berdasarkan merit, bukan lagi semata-mata berdasarkan ulamak ataupun profesional.
Pun begitu, aku dok rasa payah sikit kut pertandingan 4 penjuru tu nak terjadi. Pasainya aku cukup yakin para pelobi tahap gaban akan buat kerja sungguh-sungguh untuk pastikan cuma sorang calon dari kalangan yang depa pro akan bertanding jawatan tu.
Kalau pelobi tahap gaban tu cukup power, aku rasa yang akan bertanding cuma bang Mat Sabu lawan Ust Nik Amar. Pasainya aku dok nampak pelobi untuk bang Mat Sabu lebih gaban dari pelobi untuk Hj Husam. Mascam tu jugak pelobi untuk Ust Nik Amar nampaknya lebih gaban dari pelobi untuk Ust Tuan Ibrahim.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis