The Star minta maaf di hari ulangtahun kejadian ganas tragedi Memali | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, November 19, 2013

The Star minta maaf di hari ulangtahun kejadian ganas tragedi Memali

Tambah menarik bila tindakan The Star minta maaf isu tragedi Memali tu dibuat hari ni, hari ulangtahun kejadian menyayat hati tragedi pembantaian ke atas ahli dan penyokong PAS tu.

Harakahdaily melaporkan:
Akhbar berbahasa Inggeris The Star hari ini menerbitkan kenyataan memohon maaf atas keterlanjuran menggelarkan Almarhum Ustaz Ibrahim Mahmud @ Ibrahim Libya dan para pengikutnya yang terlibat dalam peristiwa Memali sebagai 'kumpulan ajaran sesat'.

Dalam Nota Pengarang pada artikel utama muka 40 ruangan Pendapat (View) akhbar berkenaan hari ini, The Star memohon maaf kepada ahli keluarga dan sahabat handai Almarhum Ustaz Ibrahim Libya yang bersedih atas dakwaan tersebut. - Hrkh.    
Hari ni mungkin ramai orang politik termasuk dari kalangan ahli dan penyokong PAS yang tak sedar adalah hari ulangtahun yang ke 28 peristiwa sedih tragedi  Memali.

Bagi yang ingat-ingat lupa atau pun tak tau langsung cerita sebenar apa yang berlaku di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling, Kedah tu boleh baca apa posting yang bertajuk "Kronologi Tragedi Memali" yang aku  post tahun 2010 dulu.
Berikut adalah catatan terperinci mengenai perkembangan di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling yang berkesudahan dengan terkorbannya 13 nyawa bersama asy-Syahid Ibrahim Mahmud.

Catatan yang dipaparkan di sini merupakan rakaman komputer daripada Signals Division pasukan PDRM yang mengikuti perjalanan tragedi Baling itu untuk maklumat perdana menteri. Di sini dicatitkan juga fakta mereka yang tercedera dan mereka yang berjaya melepaskan diri daripada kepungan pihak polis. TOP SECRET - Ibid.
Bagi yang nak tauu kisah lanjut boleh cari dan baca buku bertajuk "Memoir Tragedi Memali" tulisan Dr. Riduan Mohamad Nor dan C.N Afghani.

Dari satu segi aku memang panas hati dengan rencana yang The Star siarkan tu. Rencana tu samakan kejadian yang melibatkan As-Syahid Ibrahim Libya dan 12 pengokut dia yang terkorban bersama penduduk kampung tu dengan pergerakan Imam Mahdi, Al-Ma'unah dan Tuhan Harun yang ujud di Malaysia sebelum ni.

Tapi dari sudut lain elok jugak The Star terbitkan rencana tu, maksud aku hasil terbitnya rencaya yang cukup kurang ajar tu, ramai yang dah ingat-ingat lupa pasai kejadian tu akan teringat balik dan yang sebelum ni mungkin tak pernah tau pasai kejadian tu boleh tau.

Tambah menarik bila tindakan The Star minta maaf pasai penerbitan rencana tu dibuat hari ni, hari ulangtahun kejadian menyayat hati tragedi pembantaian ke atas ahli dan penyokong PAS tu.

Moga-moga tragedi Memali 1985 tu sentiasa dikenang sebagai bukti tindakan ganas Umno BN dalam berpolitik.

Berkaitan:

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...