Sabah dan Sarawak deposit tetap BN: Lim Kit Siang ni sembang ja lebih.. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, November 19, 2013

Sabah dan Sarawak deposit tetap BN: Lim Kit Siang ni sembang ja lebih..

Takutnya nanti kalau pun PR berjaya tawan Putrajaya ikut saranan Lim Kit Siang tu tapi akhirnya Umno BN berjaya rampas balik pasai hasil kerjasama katak dari DAP khususnya dari Sabah dan Sarawak.

Malaysiakini melaporkan:
DAP hari ini memecat keahlian ADUN Pujut Fong Pau Teck atas dakwaan tidak membayar sumbangan bulanan yang diwajibkan kepada parti.

Perkara itu diumumkan oleh pengerusi jawatankuasa disiplin DAP Tan Kok Wai dalam satu kenyataan hari ini.

Pujut merupakan satu kawasan DUN dalam kawasan Parlimen Miri. - Mkini
Pada 27 september hari tu Sinarharian melaporkan:
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah kawasan Luyang daripada DAP, Hiew King Cheu, mengumumkan keluar parti itu dan berkata beliau akan menjadi wakil rakyat bebas.

Hiew, yang meletak jawatan sebagai penasihat kepada jawatankuasa perhubungan negeri DAP beberapa minggu lepas, berkata beliau tidak akan menyertai mana-mana parti lain. - Sinarharian.
Sebelum ni dalam artikel bertajuk "Bersediakan Lim Kit Siang bertanding di Sarawak pulak pada PRU14 nanti?" aku ulas pasai kenyataan Lim Kit Siang yang kata Pakatan Rakyat perlu tamatkan penguasaan BN di Sabah dan Sarawak dalam PRU14 kalau mau tawan BN.

Nak hilangkan deposit tetap BN di Sabah dan Sarawak macamana kalau DAP di Sabah dan Sarawak pun bercelaru sampai di Sabah dah ada yang keluar parti jadi Adun bebas dan di Sarawak lagi teruk bila DAP terpaksa pecat sorang Adun yang langgar disiplin parti.

Nampak sangat Lim Kit Siang pun cakap tak serupa bikin, lebih kurang macam Anwar Ibrahim jugak sebelum ni yang akhirnya terpaksa mengaku silap pilih calon sampai cukup ramai yang melompat selepas PRU12 dulu sampai orang Perak terpaksa berputih mata bila Umno BN berjaya rampas Perak dengan pertolongan katak dari PKR.

Takutnya nanti kalau pun PR berjaya tawan Putrajaya ikut saranan Lim Kit Siang tu tapi akhirnya Umno BN berjaya rampas balik pasai hasil kerjasama katak dari DAP khususnya dari Sabah dan Sarawak.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...