Perlaksanaan Hudud: Aku harap sangat perwakilan tak jadi BANGANG | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, November 18, 2013

Perlaksanaan Hudud: Aku harap sangat perwakilan tak jadi BANGANG

Tambah-tambah untuk Pulau Pinang, dah la Adun PAS yang cuma ada sorang, tu pun tak berapa nak boleh harap. BANGANG sangat la kalau perwakilan muktamar setuju nak paksa Pulau Pinang laksanakan hudud.

Sumber imej: Google
Sinarharian melaporkan:
Usul supaya negeri-negeri di bawah pentabiran PR melaksanakan hudud akan dibentangkan pada Muktamar Pas ke-59, demikian ujar Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, usul tersebut akan terus dibahas diperingkat Pas Pusat sehingga menemui resolusi sekaligus akan dibawa ke peringkat Dewan Rakyat.

Beliau menambah, Pas telah menerima empat usul berhubung isu pelaksanaan undang-undang syariat Islam termasuk hukum hudud pada muktamar kali ini. - Sinarharian.  
Aku yakin tentu punya isu perlaksanaan hukum hudud ni akan cukup panas di muktamar PAS hujung minggu ni.

Seluruh rakyat Malaysia yang celik politik akan tertunggu-tunggu perbahasan pasai isu ni. Pasainya masing-masing akan merasa kesan samada secara langsung atau tak langsung dengan isu ni tak kira walau apa punn keputusan yang PAS ambil hasil perbahasan tu.

Paling kurang pun dua isu tu akan jadi senjata yang cukup hangat untuk pilihanraya tambah-tambah kalau ada PRK dalam masa terdekat nanti.

Pada aku patutnya takdak masalah pun isu di dibahaskan dalam muktamar malah muktamar adalah medan yang paling sesuai untuk isu besar ni dibincangkan dan diputuskan daripada biar isu besar ni terus dibincang dibincangkan di kedai kopi dan dalam media yang takkan ada penghujungnya.

Cumanya aku harap kita tak payah terlebih laju sangat.

Sinarharian juga melaporkan:
"Dalam muktamar itu juga kita akan desak negeri-negeri yang dikuasai PR melaksanakan undang-undang itu, " katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini. - Ibid.
Memang semua orang yang ada iman dalam hati memang nak tengok hukum yang maha adil tu terlaksana di Malaysia tapi tak payah sibuk dulu la kut dengan negeri-negeri Selangor dan Pulau Pinang, bagi selesai dulu untuk negeri Kelantan.

Kelantan yang hampir suku abad PAS berkuasa pun kita tak mampu lagi laksanakan hukum hudud tak patut sangat kita nak paksa Selangor dan Pulau Pinang yang baru sepenggal PR berkuasa laksanakan hudud.

Tambah-tambah untuk Pulau Pinang, dah la Adun PAS yang cuma ada sorang, tu pun tak berapa nak boleh harap. BANGANG sangat la kalau perwakilan muktamar setuju nak paksa Pulau Pinang laksanakan hudud.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...