Takkan kut bekas Ketua Pemuda PAS ni nak samakan 'rockers' tu dengan 'sang badawi yang kencing dalam masjid'. Takkan dia tak terfikir yang akan ada 'rockers' yang baca status dia tu. Taktau la pulak kalau depa tu tak rasa apa-apa bila disamakan macam badawi yang kencing dalam masjid nabawi.
Harakahdaily 3 hari lepas melaporkan:
PAS menjelaskan konsert Gig Green Zone yang diadakan di Stadium Malawati malam tadi tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan PAS berhubung program-program hiburan.
Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS, Dr Muhaimin Sulam berkata, PAS sudah kerap kali menganjurkan konsert bagi menarik anak muda.
Namun katanya, mungkin ada ahli PAS yang 'terkejut' dengan program sedemikian yang disifatkan sebagai 'keras'. - Hrkh.
Memang cukup ramai yang terkejut dengan konsert gig tu, bukan setakat para ulamak dalam PAS, yang tak ulamak pun terkejut malah penchachai Umno BN pun tak kurang tahap terkejut depa.
Tapi lepas Dr. Muhaimin menjawab dalam muktamar aku dok ingat semua puas hati, rupa-rupanya ramai yang masih tak puas hati. Antaranya mungkin bekas Ust Nashruddin Tantawi, Ketua Pemuda yang ulas pasai isu tu dalam facebook dia:
Aku sikit mushkil dengan status Ust Din Tantawi tu, dia nak bagitau apa sebenarnya? Terutama sekali yang no 5 tu.
Anak Muda mendekati PAS— with Rider Malaya Salam and Abu Nawas II.
1. Kesempatan ini suka saya komen mengenai isu persembahan rockers di Green Zone sempena Muktamar PAS baru - baru ini.
2. Pertama sekalung tahniah buat sahabat saya Awie yang berjaya memaut pelbagai lapisan anak muda ini mendekati PAS dan kini rockers dan bikers.
3. Saya faham dan sedia maklum niat dan kesungguhan Awie and the geng untuk bersama PAS.
4. Khilaf yang berlaku tidak selayaknya mengundang rasa jengkel dari pimpinan dan anggota PAS yang lain terhadap mereka. Mereka baru nak kenal PAS dan PAS menyediakan platform melalui DPPM dan agensinya DACS.
5. Pernah di zaman nabi saw berlaku sang badawi kencing dalam masjid dan ia hampir dipukul oleh para sahabat Rhm. tetapi Nabi saw menghalangnya sebaliknya menangani sang badawi itu dengan lunak dan membiarkan badawi itu selesai qadha hajatnya.
6. Langkah serupa perlu diambil oleh kita. Inilah seni dakwah. Lagipun mereka bukan bergaul bebas lelaki perempuan dan mendedahkan aurat secara menjolok mata. Hanya kelihatan tidak wajar dalam persembahan mereka dengan aksi rock yang sangat ganjil dan asing bagi muslim yang kuat pegangan agama [mutadaiyyin] serta bertentangan dengan nilai akhlak serta norma orang timur.
7. Langkah perlu selepas ini ialah DACS atau DPPM membetulkan keadaan dan meluruskannya dengan dakwah bil hikmah.
Takkan kut bekas Ketua Pemuda PAS ni nak samakan 'rockers' tu dengan 'sang badawi yang kencing dalam masjid'. Takkan dia tak terfikir yang akan ada 'rockers' yang baca status dia tu. Taktau la pulak kalau depa tu tak rasa apa-apa bila disamakan macam badawi yang kencing dalam masjid nabawi.
Di no 6 dan 7 pulak aku tak berapa nak faham apa maksud dia "aksi rock yang sangat ganjil dan asing bagi muslim yang kuat pegangan agama [mutadaiyyin] serta bertentangan dengan nilai akhlak serta norma orang timur' dan 'membetulkan keadaan dan meluruskannya'.
Takkan dia nak depa tu beraksi berdiri tegak menyanyi dan main alat musik macam kumpulan nasyid kut, baik depa bubarkan kumpulan depa dan tubuhkan kumpulan nasyid.
Kalau macam ni cara kita layan depa aku yakin sekali tu saja la, jangan harap depa nak joint program kita lagi dan rapat dengan kita lepas ni.
Apapun aku harap Suhaizan Kayat Ketua DPPM yang baru dan Dr. Muhaimin ada kaedah yang lebih baik untuk mendekati balik depa ni:
Suhaizan Kayat · 10,183 like this.24 November at 23:01 ·
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis