Apa jawatan yang paling sesuai untuk YB Hj Mahfuz Omar? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, November 25, 2013

Apa jawatan yang paling sesuai untuk YB Hj Mahfuz Omar?

Aku sangat setuju kalau Presiden PAS melantik YB Hj Mahfuz dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat yang baru menggantikan Ustaz Tuan Ibragim Tuan Man yang menang dan ambil tempat Hj Mahfuz sebagai Naib Presiden PAS.

Semalan aku update facebook macam kat bawah ni, ramai jugak yang komen bagi macam-macam cadangan dan pendapat. Dalam ramai yang komen tu, paling ramai mencadangkan Hj Mahfuz dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS yang baru.


Lepas ni semua mata akan tertumpu kepada TG Presiden dan mesyuarat ajk PAS Pusat yang akan buat lantikan jawatan Setiausaha Agung dan penolong2nya , Bendahari, Ketua Penerangan, Pengarah Pilihanraya dan ajk tambahan.

Hangpa rasa apa jawatan yang paling sesuai untuk Hj MAHFUZ OMAR?
Dalam ramai yang komen tu, paling ramai mencadangkan Hj Mahfuz dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS yang baru.  
Dan aku tengok ramai dalam facebook dok buat line-up kabinet untuk AJK PAS Pusat. Sapa yang patut dilantik jadi Setiausaha Agung dan penolong2nya , Bendahari, Ketua Penerangan, Pengarah Pilihanraya dan ajk tambahan.

Ada sorang member yang PM aku menyatakan rasa tak senang dia dengan status aku tu. Dia kata status macam tu akan bagi orang jadi pening dan boleh bagi persepsi yang kurang baik kepada Presiden pasai kuasa melantik tu sebenarnya kuasa presiden.

Untuk makluman ahli dan penyokong PAS yang mungkin taktau kat bawah ni aku kopipes sedutan Perlembagaan PAS
FASAL 25 (Fasal lama 22). Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

(1) Adapun Jawatankuasa Kerja PAS Pusat itu ialah :
(a) Seorang Presiden
(b) Seorang Timbalan Presiden
(c) Tiga orang Naib Presiden
(d) Tiga orang Ketua-ketua Dewan
(e) Seorang Setiausaha Agung
(f) Tidak lebih tiga orang Penolong Setiausaha Agung [Pindaan 2009]
(g) Seorang Bendahari
(h) Seorang Ketua Penerangan,
(i) Seorang Ketua Pengarah Pilihanraya, dan [Pindaan 2009]
(j) Dua puluh empat orang Ahli Jawatankuasa Kerja Biasa.

(2) Presiden, Timbalan Presiden dan tiga orang Naib Presiden hendaklah dipilih dan dilantik akan dia oleh Muktamar Tahunan PAS pada tiap-tiap dua tahun daripada ahli-ahli PAS atau dengan apa-apa cara jua yang dipersetujui oleh Muktamar Tahunan PAS itu.

(3) Tiga orang daripada Ketua dari Dewan-dewan itu ialah Ketua Dewan Ulamak, Ketua Dewan Pemuda dan Ketua Dewan Muslimat yang telah dipilih dan dilantik akan dia oleh Muktamar masing-masing, yang diadakan sebelum daripada Muktamar Tahunan PAS yang ada pemilihan, dan mereka dengan sendirinya menjadi Naib-naib Presiden.

(4) Setiausaha Agung, tidak lebih tiga orang Penolong Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penerangan dan Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat hendaklah dilantik oleh Presiden di dalam dan dengan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat daripada ahli-ahli PAS atau daripada kalangan ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan akan memegang jawatan itu sehingga pada Muktamar Tahunan PAS yang ada pemilihan atau sehingga ia meminta berhenti atau diberhentikan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan apa-apa sebab sekalipun.

(5) Lapan belas orang daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang disebutkan dalam ceraian (1)(j) Fasal ini, hendaklah dipilih dan dilantik di dalam Muktamar Tahunan PAS tiap-tiap dua tahun sekali, dan enam daripadanya hendaklah dilantik akan dia oleh Presiden di dalam dan dengan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat daripada ahli-ahli PAS, dan akan memegang jawatan itu sehingga ia meminta berhenti atau diberhentikan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan apa-apa sebab sekalipun. - Perlembagaan PAS
Kalau ikut Perlembagaan Fasal 25(4) tu jelas tertulis kuasa untuk melantik ada ditangan Presiden, presiden boleh cadangkan sapa pun dari kalangan ahli PAS tapi cadangan tu MESTI DIPERSETUJUI oleh mesyuarat AJK PAS Pusat.

Takdak masalah kut kalau ada sapa pun yang nak mencadangkan yang tak lebih sekadar suara hati atau harapan peribadi tapi kena faham la ianya tak lebih dari tu.

Apa pun, aku sangat setuju kalau Presiden PAS melantik YB Hj Mahfuz dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat yang baru menggantikan Ustaz Tuan Ibragim Tuan Man yang menang dan ambil tempat Hj Mahfuz sebagai Naib Presiden PAS bersama Salahuddin dan Husam yang berjaya mengekalkan jawatan.

Kalau tengok ke video sedih ucapan para Naib Presiden PAS tu memang patut sangat Hj Mahfuz dilantik ke masuk dalam AJK Harian PAS Pusat dan jawatan Ketua Penerangan aku nampak paling sesuai untuk Hj Mahfuz.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...