Husam Musa bakal jadi Pesuruhjaya PAS Kelantan yang baru? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, November 26, 2013

Husam Musa bakal jadi Pesuruhjaya PAS Kelantan yang baru?

PAS Pusat takkan lantik orang lain jadi Pesuruhjaya PAS Kelantan kecuali kalau TG Nik Aziz sendiri yang nak lepaskan jawatan tu dan kalaupun TG Nik Aziz nak lepaskan jawatan tu, aku tak rasa PAS Pusat akan lantik Husam ke jawatan Pesuruhjaya PAS Kelantan, kecuali la kalau TG Nik Aziz nak macam tu.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Kempen untuk membolehkan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan mulai berjalan selepas beliau menang sebagai naib presiden.

Antara yang memberi cadangan ialah calon Ketua Pemuda PAS, Zulhazmi Sharif.

Zulhazmi mencadangkan agar Husam dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan yang baru. - TMI.    
Dah semakin hebat Zul Hazmi bekas calon Ketua Pemuda yang kalah baru-baru ni. Walaupun cuma dapat 7 undi, nampaknya dia dah berjaya untuk letakkan diri dia di arus perdana politik PAS. Status facebook dia pun dah jadi bahan berita sekarang ni.

Secara peribadi aku tak berapa setuju Husam jadi Pesuruhjaya PAS Kelantan sekarang pasainya walaupun aku yakin banyak kebaikannya untuk rakyat Kelantan untuk jangka masa panjang kalau Husam dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan tapi pada aku Husam lebih diperlukan untuk lebih aktif di peringkat Pusat.

Aku lebih suka kalau macam cadangan aku sebelum ni, Husam dipertanggungjawabkan untuk memperkuatkan PAS di Malaysia Timur dengan mengetuai satu lajnah baru, Lajnah Sabah, Sarawak dan Labuan. Dengan adanya Lajnah baru tu dan Husam sebagai ketuanya aku cukup yakin pengaruh PAS di Malaysia Timur akan lebih mantap untuk menghadapi PRU13.

Apa pun, aku tak yakin PAS Pusat akan campurtangan dengan politik dalaman PAS Kelantan. Tambah-tambah lagi nak tukar Pesuruhjaya PAS Kelantan sekarang ni dan lantik Husam pulak tu. Masalah politik dalaman PAS di Kelantan akan jadi lebih kronik kalau PAS Pusat lantik Husam jadi Pesuruhjaya PAS Kelantan.
PAS Pusat takkan lantik orang lain jadi Pesuruhjaya PAS Kelantan kecuali kalau TG Nik Aziz sendiri yang nak lepaskan jawatan tu dan kalaupun TG Nik Aziz nak lepaskan jawatan tu, aku tak rasa PAS Pusat akan lantik Husam ke jawatan tu, kecuali kalau TG Nik Aziz nak macam tu.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...