Alangkah cantiknya kalau Dewan Ulamak tarik balik perkara no-7 resolusi Multaqa | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, November 18, 2013

Alangkah cantiknya kalau Dewan Ulamak tarik balik perkara no-7 resolusi Multaqa

Bersempena dengan fatwa Presiden tu alangkah cantiknya kalau  Dewan Ulamak tarik balik perkara no-7 Resolusi Multaqa tu. Aku yakin kalau Dewan Ulama' boleh berlapang dada dan tarik balik perkara no-7 tu keadaan akan jadi lebih kondusif malah aku cukup yakin Dewan Ulama' akan lebih dihormati di masa akan datang.

Harakahdaily melaporkan:
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan haram bagi ahli PAS mengikut permainan media luar kononnya berlaku pertembungan antara golongan ulama dengan profesional dalam PAS.

Katanya, dakwaan kononnya wujud pertembungan antara golongan ulama dan profesional dalam PAS adalah permainan media musuh dan tidak seharusnya mempengaruhi ahli PAS.
 - Hrkh
Harakahdaily juga melaporkan:
"Ini mainan media, gendang yang dipalu oleh mereka tidak seharusnya diikuti. Haram bagi kita menari mengikut gendang itu," katanya ketika menutup perasmian Ijtimak PAS Selangor di Dewan Sivik, dekat sini, semalam.

Beliau menegaskan tanggung jawab semua ahli dan pimpinan PAS mesti menyatukan semua pendokong parti dan bukan memecahbelahkan mereka. - Hrkh.
Aku harap sangat semua pihak dalam PAS bersetuju dengan hukum yang Presiden PAS fatwakan tu dan dalam masa yang sama wala' dengan arahan Presiden supaya "semua ahli dan pimpinan PAS mesti menyatukan semua pendokong parti dan bukan memecahbelahkan mereka."

Pada aku yang paling perlu wala' adalah Dewan Ulama'. Pasainya ramai yang melaporkan sebelum ni ada dikalangan yang mengaku wakil dari Dewan Ulama ataupun bercakap atas kapasiti sebagai ulamak termasuk gunakan program dalaman menghangatkan kempen "ulamak vs profesional' yang kadangkala dijenamakan semula sebagai 'ulamak vs islam liberal'.

Yang paling jelas sekali lengkap dengan bukti bila Multaqa Ulama Se-Malaysia anjuran Dewan Ulama' pada 14 September 2013 keluarkan resolusi 8 perkara dan resolusi yang ke-7 berbunyi:
7- Multaqa Ulamak Se-Malaysia menerima saranan daripada wakil-wakil perbahasan untuk menegaskan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS sewajarnya daripada kalangan ulama yang memahami dan faqih tentang islam dan realiti semasa. Jawatan-jawatan lain termasuk naib-naib presiden juga turut perlu dipertimbangkan daripada kalangan ulama dengan gandingan bersama golongan profesional dan aktivis. - Ibid.
Bersempena dengan fatwa Presiden tu alangkah cantiknya kalau  Dewan Ulamak tarik balik perkara no-7 Resolusi Multaqa tu. Aku yakin kalau Dewan Ulama' boleh berlapang dada dan tarik balik perkara no-7 tu keadaan akan jadi lebih kondusif malah aku cukup yakin Dewan Ulama' akan lebih dihormati di masa akan datang.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...