Resolusi Multaqa Ulama Se-Malaysia ni memang berniat nak jauhkan orang dari PAS ka? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, September 14, 2013

Resolusi Multaqa Ulama Se-Malaysia ni memang berniat nak jauhkan orang dari PAS ka?

Aku nampak yang resolusi multaqa ni seolah-olah nak menjauhkan lagi masyarakat dengan PAS. Jangan nak harap la orang bukan Islam nak lebih rapat dengan PAS, orang Islam pun belum tentu malah ahli dan penyokong PAS pun silap-silap boleh lari dari PAS.

Harakahdaily melaporkan:
ALOR SETAR: Multaqa Ulamak Se-Malaysia yang berlangsung di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, hari ini menekankan tentang hala tuju ulama haraki PAS dalam memperjuangkan Islam sebagai pemimpin politik dan cabaran serta keyakinan dalam menegakkan Islam. - Hrkh.  
Aku teringin jugak nak ikuti multaqa ni, dari awai pagi tercongok depan laptop harapkan ada siaran LIVE dari Aloq Staq. Dan alhamdulillah memang pun ada LIVE melalui web amantv.net.
Malangnya sampai ke sudah tak keluar, bukan kata video tapi audio pun takdak. Mungkin line teruk sangat kut ataupun aku yang tak reti. Lepas tu layan tidoq ja la...

Apa pun program tu dah pun habih petang tadi katanya berakhir dengan jayanya dan kat bawah ni aku salin tampal resolusi multaqa tu.
Tema Multaqa Ulamak Se-Malaysia ‘Ulamak Haraki Benteng Izzah Islam’ yang berlangsung di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut menekankan tentang hala tuju ulama haraki PAS dalam memperjuangkan Islam sebagai pemimpin politik dan cabaran serta keyakinan dalam menegakkan Islam.

Multaqa Ulamak Se-Malaysia yang bersidang pada 14 September 2013 mengambil beberapa resolusi yang terkandung di dalam ucaptama dan perbahasan seperti berikut:

1- Ulamak Haraki hendaklah memposisikan diri mereka dengan lebih berkesan sebagai pemimpin politik yang menyambung tugas para nabi-nabi. Mereka hendaklah memahami tentang cabaran semasa dan mempertingkatkan keyakinan terhadap Allah bagi menegakkan Islam.

2- Multaqa Ulamak Se-Malaysia juga mengajak para ulamak haraki PAS bagi melakukan pengukuhan gerak kerja, antaranya:

i- mengukuhkan gerak kerja tarbiyah
ii- mengukuhkan kedudukan kepimpinan ulamak yang menjadi tunjang utama kepada PAS
iii-memperkasakan ilmu pengurusan dan kepimpinan.

3- Multaqa Ulamak Se-Malaysia mengambil ketetapan untuk bersama-sama menangani dan menghadapi pemikiran yang merosakkan (haddamah) dengan pelbagai usaha dan pendekatan supaya umat Islam tidak tersasar dari asas Islam.

4- Multaqa Ulamak Se-Malaysia mengambil ketetapan mencadangkan kepada PAS Pusat supaya melakukan analisa yang menyeluruh dan telus serta mengemukakan analisa bagi tujuan untuk menilai prestasi PRU13 untuk lonjakan PRU14.

5- Multaqa Ulamak Se-Malaysia turut mencadangkan supaya Tahaaluf Siyaasi bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat khususnya PKR disemak semula oleh Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat melalui kuasa yang ada bagi tujuan menjaga maslahah dan membendung serta menghalang mafsadah Syar'iyyah.

6- Multaqa Ulamak Se-Malaysia menyarankan kepada semua kerajaan negeri di bawah PR supaya memberi ruang yang munasabah dan bersesuaian kepada ulama haraki PAS yang berkelayakan supaya dapat melibatkan diri mereka di dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan.

7- Multaqa Ulamak Se-Malaysia menerima saranan daripada wakil-wakil perbahasan untuk menegaskan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS sewajarnya daripada kalangan ulama yang memahami dan faqih tentang islam dan realiti semasa. Jawatan-jawatan lain termasuk naib-naib presiden juga turut perlu dipertimbangkan daripada kalangan ulama dengan gandingan bersama golongan profesional dan aktivis.

8. Multaqa Ulamak Se-Malaysia menyeru kepada seluruh ulamak haraki PAS supaya bersiap sedia untuk mengukuhkan kedudukan dan memainkan peranan masing-masing dalam usaha mencapai kemenangan dalam PRU14 ke arah perlaksanaan Islam yang syumul di Malaysia.
Aku malas nak ulas panjang pasai resolusi macam kat atas tu, tapi dari pemerhatian aku kat facebook kebanyakkan friend aku update status dan komen yang cukup sinis berkenaan reaolusi ni.

Mungkin jugak kut majoriti friend aku kat facebook bukan dari golongan ulama' dan memang aku tak nafikan geng kominis.

Cuma masalahnya kalau majoritinya bagi komen sinis aku tak nampak macamana golngan ulama dalam PAS nak merealisasikan cita-cita asas yang digariskan dalam ayat pertama resolusi tu

"menekankan tentang hala tuju ulama haraki PAS dalam memperjuangkan Islam sebagai pemimpin politik dan cabaran serta keyakinan dalam menegakkan Islam."

Pasainya semua friend aku yang bagi komen negatif tu adalah pengundi yang beragama Islam. Taktau la pulak kalau multaqa tu cuma nak halatujukan hasrat tu cuma untuk ahli dan penyokong tegar PAS. Masalahnya, ada dua tiga orang friend aku yang dari kalangan ustaz dan penyokong kuat PAS pun bagi komen sinis.

Apa yang aku nak notakan kat sini, aku nampak yang resolusi multaqa ni seolah-olah nak menjauhkan lagi masyarakat dengan PAS.

Kalau macam tu punya resolusi jangan nak harap la orang bukan Islam nak lebih rapat dengan PAS, orang yang dah Islam pun belum tentu malah ahli dan penyokong PAS pun silap-silap boleh lari dari PAS.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...