Sebenarnya Yang Dipertuan Agung yang patut dipersalahkan atas kelemahan SPR? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, November 30, 2013

Sebenarnya Yang Dipertuan Agung yang patut dipersalahkan atas kelemahan SPR?

Aku cukup setuju Bersih highlight bab Artikel 114 (2) Perlembagaan Persekutuan tu tapi aku harap sangat Bersih kedepan setapak lagi dengan meletakkan beban masalah kelemahan SPR yang TIDAK MENDAPAT KEPERCAYAAN UMUM tu ke atas Yang Dipertuan  Agong.

Malaysiakini melaporkan:
Selepas pemilihannya hari ini, jawatankuasa pemandu baru Gabungan Pilihanraya Bebas dan Adil (BERSIH), akan memohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru bagi menggantikan ahli yang sedia ada.

Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah, yang mengambil alih dari Datuk S Ambiga berkata, untuk fasa seterusnya, gabungan 90 NGO itu akan menjelajah ke seluruh negara bersama dengan enam wakil serantau yang baru yang akan dipilih. - Mkini.  
Aku tak berapa setuju kalau petisyen yang nak dihantar kepada Agong tu tak lebih macam memorandum yang pernah Bersih 1.0 dan Bersih 2.0 hantar sebelum ni.

Walaupun katanya Sultan Mizan yang jadi Agong masa diadakan Himpunan Bersih 1.0 dulu tu sudi terima mengadap dan terima sendiri memorandum tu tapi lepas tu sama macam Agong tak terima apa-apa, takdak kesan apa satu pun.

Malaysiakini juga melaporkan:
Tetapi yang pertamanya, ia mempunyai tiga permohonan kepada Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai kuasa untuk melantik ahli SPR.

"Kami menuntut supaya semua ahli Suruhanjaya Pilihan Raya meletak jawatan serta-merta, dan proses persempadanan semula dihentikan sehingga SPR baru dipilih...

"Dan daftar pemilih mesti disemak semula dengan penyertaan masyarakat sivil," kata Maria yang membaca draf surat kepada Yang di-Pertuan Agong, dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya.

Surat itu akan dihantar dalam masa kira-kira sebulan lagi selepas mengumpul tandatangan dari sebanyak NGO yang mungkin. - Ibid.
Kalau tengok ke bunyi draf petisyen tu memang nampak lebih tegas.

Malaysiakini juga melaporkan:
Maria berkata SPR sekarang telah kehilangan kepercayaan rakyat, dengan memetik kritikan dalam Laporan Pemantauan Pilihan Raya dan Projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (Merap) dan kegagalan suruhanjaya itu untuk menggunakan dakwat kekal yang betul dalam pilihan raya umum ke-13.

"SPR telah terbukti berat sebelah, tidak bebas dan tidak bertindak adil, berdasarkan kenyataannya baru-baru ini yang berat sebelah, dan kegagalan mereka untuk menegakkan undang-undang semasa pilihan raya dan malah selepas PRU13," katanya.

Beliau berkata BERSIH merayu kepada Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Artikel 114 (2) perlembagaan persekutuan yang menyatakan bahawa Seri Paduka hendaklah menimbang secara serius sama ada ahli SPR mendapat kepercayaan rakyat sebelum dilantik. - Ibid.
Aku cukup setuju Bersih highlight bab Artikel 114 (2) Perlembagaan Persekutuan tu tapi aku harap sangat Bersih kedepan setapak lagi dengan meletakkan beban masalah kelemahan SPR yang TIDAK MENDAPAT KEPERCAYAAN UMUM tu ke atas Agong.

Maksud aku, Agong yang patut dipersalahkan pasai membiarkan SRP yang TIDAK MENDAPAT KEPERCAYAAN UMUM terus dibagi tanggungjawab dan kuasa untuk mengendalikan pilihanyara.

Aku harap sangat Bersih jaja ke serata pelusuk tanahair 'kegagalan' Agong menepati kehendak Artikel 114 (2) Perlembagaan Persekutuan.

Biar kalau boleh sampai tahap Agong sendiri terpaksa 'menjawab'...

Apa pun, aku harap kepimpinan baru Bersih yang diketuai oleh Maria Chin Abdullah yang menggantikan Ambiga akan lebih tegas dari Ambiga yang sebelum ni mengaku "murni apolitis".

Bukan tak bagus 'fokus pada pendidikan awam' tapi berapa ramai sangat yang berminat tapi kalau turun ke jalan raya aku yakin lebih ramai yang akan 'merasai' sendiri...

Malaysiakini juga melaporkan:
"Jika permintaan kita diabaikan, maka BERSIH 4.0 tidak boleh diketepikan," kata Maria, tetapi menambah bahawa selain petisyen itu, BERSIH juga menunggu laporan daripada tribunal rakyat mengenai GE13 sebelum mempertimbangkan tindakan yang lebih drastik. - Ibid.
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...