Aku cukup yakin kegagalan membentuk Dewan Harian DPPM semalan tu melambangkan bunga-bunga masalah dalam Dewan Pemuda PAS Malaysia yang terpaksa Suhaizan Kayat hadapi sebagai ketua Pemuda PAS Malaysia yang baru.
TheMalaysianInsider melaporkan:
Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat (gambar), berkata sayap parti Islam PAS itu masih belum berjaya membentuk Dewan Harian berikutan tidak mencapai kata sepakat untuk memilih siapa yang sesuai menjadi setiausaha.
Katanya, mesyuarat pertama Exco Pemuda PAS yang dipengerusikannya semalam berakhir tanpa melantik setiausaha, jawatan yang dianggap penting untuk menentukan keberkesanan sayap itu.
"Kita belum selesai lagi. Kita sambung semula 5 Disember ini," katanya kepada The Malaysian Insider ketika diminta mengulas perkembangan terkini dalam Pemuda PAS. - TMI.
Aku taktau apa yang berlaku dalam mesyuarat pertama DPPM tu tapi boleh agak kut.
Yang pastinya kegagalan 'membentuk Dewan Harian' tu walaupun laporan TMI tu nampak macam takdak apa-apa tapi aku yakin sebenarnya melambangkan sesuatu yang cukup besar.
Tak pernah terjadi lagi kut sebelum ni ada Ketua Pemuda Pusat yang 'gagal' lantik Setiausaha dia, satu kuasa eksekutif yang dibagi kepada Ketua Pemuda oleh perlembagaan PAS.
Perlembagaan PAS Fasal 53 (3) menyebut:
Setiausaha, Penolong-Penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan, Pengarah Pilihanraya Pemuda dan satu pertiga daripada Jawatankuasa yang disebutkan dalam ceraian (1)(i) Fasal ini hendaklah dilantik oleh Ketua daripada pemuda-pemuda ahli PAS yang berumur empat puluh tahun ke bawah di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan itu dan akan memegang jawatannya selama dua tahun atau sehingga kepada Muktamar Tahunan yang akan datang yang ada pemilihan, atau sehingga ia berhenti atau diberhentikan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan itu. - Perlembagaan.Jelas dalam Fasal tu kuasa untuk melantik diberikan kepada Ketua Pemuda. Walaupun kuasa tu dibagi kepada ketua Pemuda tapi bukan kuasa mutlak sebab perlantikan perlu dibuat di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat.
Maknanya 'kegagalan' tu berlaku tentu punya sebab orang yang Ketua Pemuda nak lantik tu tidak dipersetujui oleh mesyuarat.
Persepsi yang jelas sekarang ni Suhaizan Kayat, Ketua Pemuda PAS Malaysia yang baru ni tak mendapat kepercayaan penuh seluruh AJK yang dipilih dalam Muktamar Agung DPPM baru-baru ni.
Aku ada update pasai ni dalam facebook aku semalam:
Sumber: Facebook |
Sumber: Facebook |
Apa pun, macam komen aku dalam status aku semalam tu aku harap Suhaizan terus diberi kekuatan untuk guna kuasa eksekutif yang dia ada yang dah dilembagakan dalam perlembagaan parti untuk melantik orang yang dia percayai yang boleh membantu mengukuhkan kedudukan dia dalam Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis