Aku sebenarnya tertunggu-tunggu nak dengar apa pulak 'kelentong' Anwar dalam isu 11 pemimpin cabang keluar PKR di Sabah ni. Teringin tengok macamana pulak gaya bersilat politik Anwar kali ni dan adakah dia terpaksa mengaku yang dia 'failed' lagi sama macam isu pilih calon untuk PRU 12 dulu
Sinarharian melaporkan:
Pemimpin 11 cabang PKR Sabah mengambil keputusan untuk keluar parti hari ini dan menyokong Barisan Nasional (BN).
Mereka terdiri daripada ketua cabang, timbalan ketua cabang dan ketua penerangan cabang parti itu dari Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media di sini berkata mereka mengambil keputusan itu kerana sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan PKR dan memberi kepercayaan kepada kepimpinan BN di peringkat nasional dan negeri. - Sinar.
Ni apa cerita pulak PKR ni? Gila ka apa sampai pemimpin 11 cabang di Sabah keluar parti ni.
Kalau berita ni keluar masa PRK Sungai Limau dulu atau dekat mana-mana pilihanraya memang aku tak layan langsung berita macam ni tambah-tambah lagi kalau yang buat kenyataan tu Najib Rosmah.
Tapi berita ni keluar masa ni, masa takdak kaitan langsung dengan mana-mana pilihanraya. Kalau takdak asas yang kuat takkan Najib saja-saja nak buat kenyataan media macam tu.
Berita Sinarharian tu juga melaporkan:
Beliau berkata gelombang kedua akan berlaku tidak lama lagi apabila banyak lagi pemimpin PKR Sabah akan keluar parti dan menyokong BN.Dalam satu lagi berita Sinarharian melaporkan:
"Dengan apa yang sudah berlaku dan akan berlaku bererti bahawa parti PKR di Sabah hampir lumpuh dan sebaliknya parti BN semakin kuat, semakin utuh dan semakin mendapat kepercayaan rakyat Sabah," katannya.
Mereka yang hadir pada sidang media itu ialah Akhmain Sabtu (Ketua Cabang PKR Kudat), Anthony Mandiau (Ketua Cabang Kota Marudu), Juhani Abd Halim (Ketua Cabang Silam), Mohd Jun (Ketua Cabang Kalabakan), Mustapha Tambuyung (Ketua Cabang Kinabatangan), Lokman Ureh (Ketua Cabang Semporna), Timothy Lim (Ketua Cabang Sepanggar), Apandy Sipin (Ketua Cabang Pensiangan) dan Aris Remigius (Ketua Cabang Batu Sapi), Angki Addek (Timbalan Ketua Cabang Kota Marudu) dan Soloh Yuna (Ketua Penerangan Kota Belud). - Ibid.
Terlalu banyak campur tangan kepimpinan di peringkat pusat dalam urusan parti di Sabah merupakan antara faktor pemimpin dari 11 cabang PKR keluar parti.Kalau macam ni la gaya PKR berpolitik di Sabah, jangan harap la Pakatan Rakyat dapat rampas Putrajaya. Kalau berjaya rampas pun mungkin takat sehari dua saja, lepas tu akan berjaya Umno BN rampas balik.
Adun Matunggong Datuk Jelani Hamdan berkata soal autonomi yang dicanangkan pemimpin PKR di peringkat Pusat sebenarnya tidak langsung dipraktikkan, termasuk dalam urusan melantik ketua pembangkang negeri dan Majlis Pimpinan Negeri parti itu.
"Bukan soal pembangunan semata-mata. Tapi kita hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR khususnya di peringkat pusat dan negeri. Soal autonomi... beri kuasa kepada Sabah pilih pemimpin tapi authority datang dari seorang individu," katanya. - Sinar.
Pasainya nampak cukup banyak berudu di Sabah yang menunggu masa yang sesuai untuk bertukar jadi katak. Nak marah sangat kat depa pun tak berapa nak boleh pasai memang dah macam tu gaya politik di Sabah sejak dulu lagi.
Cumanya depa tu takkan saja-saja melompat kalau takdak sebab yang besar dan kali ni sebabnya PKR tak pandai jaga jentera sendiri.
Aku sebenarnya tertunggu-tunggu nak dengar apa pulak 'kelentong' Anwar dalam isu 11 pemimpin cabang keluar PKR di Sabah ni.
Teringin nak tengok macamana pulak gaya bersilat politik Anwar kali ni dan adakah dia terpaksa mengaku yang dia 'failed' lagi sama macam isu pilih calon untuk PRU 12 dulu yang lepas tu cukup banyak berudi yang bertukar jadi katak sampai Perak terlepas balik ke tangan Umno BN.
Cuma yang aku mushkilnya pasai apa sampai posting ni aku tulis langsung takdak satu berita pun pasai ni keluar dalam Keadilandaily. Takkan ralit sangat berkonvensyen sampai tara tu punya masalah pun langsung takdak komen dalam media rasmi depa?
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis