Ops Cantas Trafik: Bukti polis tak reti buat kerja atau depa pun pemalas? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, November 27, 2013

Ops Cantas Trafik: Bukti polis tak reti buat kerja atau depa pun pemalas?

Kesimpulannya, Ops Cantas Trafik ni bukti memang polis tak reti buat kerja atau pun lebih tepat lagi depa saja-saja buat-buat macam tak reti buat kerja pasai depa malas nak buat kerja atau pun mungkin lebih tepat lagi banyak kerja tu tertangguh pasai depa takdan nak buat, pasai depa sibuk layak kerja-kerja politik untuk Umno BN.

Bharian melaporkan:
Kuala Lumpur: Hari kedua Operasi Cantas Khas Trafik semalam menyaksikan seorang lelaki yang mempunyai 10 waran tangkap ditahan dalam sekatan jalan raya di sini.

Lelaki berusia 25 tahun yang mempunyai kesalahan trafik sejak 2009 itu ditahan polis dalam sekatan jalan raya di Jalan Kepong, kira-kira jam 10.30 pagi.

Ketika ditemui BH di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur di sini, pemuda itu berkata dia terpaksa menangguh pembayaran saman kerana tidak mempunyai wang. - Bharian.
Ni apa cerita sampai ada 10 waran tangkap baru polis nak bertindak, pulak tu waran tangkap sejap 2009 lagi pulak tu. Kesian mamat ni, mana la dia nak korek duit nak bayar hukuman 10 waran tangkap tu.

Nak kata apa, ini memang bukti jelas yang memang polis Malaysia ni samada malas buat kerja atau pun memang tak reti buat kerja. Kalau waran tangkap yang pertama mamat tu dapat aku yakin  mungkin tak kena lagi 9 saman tu.

Sebelum ni mStar melaporkan:
Ops Cantas Trafik telah dilancarkan secara-besaran dengan pihak polis sedang berusaha menjejaki pesalah trafik di seluruh negara.

Operasi berkenaan bermula di Ipoh, di mana anggota polis trafik dilihat mengetuk setiap pintu rumah dengan membawa dua waran tangkap yang dikeluarkan terhadap pesalah trafik yang mempunyai lebih daripada 15 saman tertunggak. - mStar
Untuk ulas laporan berita ni aku kopipes ulasan  kopipes status peguam Zulhazmi Shariff, Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE )
POLIS MULAKAN OPERASI MENCARI PESALAH TRAFIK.

Ada dua perkara aku nak sebutkan.

Pertamanya aku bersetuju. Aku setuju Polis buat kerja Polis.

Kedua, ada banyak yang aku tak setuju.

a) Katanya Polis mencari orang yang ada 2 waran tangkap & 15 saman tertunggak.

Untuk Waran Tangkap tu aku setuju. Waran Tangkap tak perlu dua (2) tapi ada satu (1) pun dah cukup untuk Polis cari org yang ada waran tangkap. waran Tangkap perlu disempurnakan, iaitu Polis kena cari org yang ada waran tangkap yg dikeluarkan oleh Mahkamah. Memang itu kerja Polis iaitu laksanakan waran tangkap. Tapi kenapa target 2, sedangkan jika ada 1 pun wajib dicari.

15 saman tertunggak. Aku dah sebut kerap sangat dah bhw saman tak boleh tertunggak. saman hanya akan tertunggak bila Polis tak buat kerja. Kalau polis buat kerja, daftarkan saman di mahkamah, maka saman tidak akan tertunggak. Kerana setiap saman WAJIB hadir mahkamah, jika tidak hadir maka Mahkamah akan keluarkan waran tangkap. Polis kena sempurnakan waran tangkap & OKS hadir Mahkamah. Saman selesai. Tidak tertunggak.

Yang disebutkan tertunggak tu apa??? Saman atau notis??? kalau notis, ada beribu pun tak ada masalah sbb notis perlu disusuli dgn saman. Adakah Polis faham apa itu saman atau notis??? Selesaikan bab undang2 bagi faham dulu.

b) Katanya lagi operasi dan sekatan jalanraya dibuat untuk pesalah bayar saman.

Ini aku cukup tak setuju. Aku dah cakap banyak kali sangat dah SAMAN TAK PERLU BAYAR. Jadi kenapa dibuat operasi supaya org bayar??? Kenapa paksa orang bayar saman? Saman perlu ke Mahkamah bukan bayar. Kalau nak bayar, bayar di Mahkamah bila kes disebut.

c) Akan bawa pesalah ke balai untuk bayar saman, jika tak bayar akan dilepaskan dgn penjamin.

Aku tak jumpa ada undang-undang yg sebutkan Polis ada kuasa nak paksa orang bayar saman. Ada pulak kuasa untuk paksa org jamin diri sendiri untuk lepaskan tak bayar saman.

NASIHAT AKU kpd semua.... kalau Polis datang rumah bagitau ada saman tertunggak atau ada waran tangkap, mintak Polis tunjukkan bukti Waran Tangkap & Saman yang tertunggak tu...... Kalau Polis berkeras bawa ke Balai, ikut saja & buat laporan Polis di Balai Polis bhw Polis salah guna kuasa. Mana ada dalam undang-undang Polis boleh PAKSA orang bayar saman....
- facebook.
Kesimpulannya, Ops Cantas Trafik ni bukti memang polis tak reti buat kerja atau pun lebih tepat lagi depa saja-saja buat-buat macam tak reti buat kerja pasai depa malas nak buat kerja atau pun mungkin lebih tepat lagi banyak kerja tu tertangguh pasai depa takdan nak buat, pasai depa sibuk layak kerja-kerja politik untuk Umno BN.

Pasai macam ni la yang buatkan orang ramai tak takut untuk buat kesalahan trafik. Cuba kalau polis sungguh-sungguh buat kerja, bila waran tangkap pertama dikeluarkan pesalah tu terus ditangkap, aku yakin ramai yang takkan berani buat kesalahan trafik.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...