Malah aku langsung tak terkejut kalau ada bukti yang Zahid Hamidi sendiri pun ahli Tiga Line, memang menteri sorang ni ada ciri-ciri gangster.
mStar melaporkan:
Beberapa peguam membidas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana komennya yang didakwa bahawa anggota gangster akan "ditembak dahulu" sekiranya bukti diperoleh serta dakwaan bahawa sekumpulan gangster adalah "kawan".
Mereka memberi komen terhadap rakaman yang dimuat naik di sebuah portal berita yang memetik Zahid sebagai berkata "I think the best way is that we no longer compromise with them (gangsters). There is no need to give them any more warning. If we get the evidence, we shoot first. (Saya fikir jalan terbaik adalah kita tidak perlu lagi berkompromi dengan mereka (gangster). Tidak perlu memberikan amaran lagi kepada mereka. Jika kita dapat bukti, kita tembak dahulu)." - mStar.
Sungguh aku langsung tak geran kenyataan macam ni keluar dari mulut Zahid, malah kalau keluar dari mulut mana-mana pemimpin Umno yang lain pun aku langsung tak heran. Depa memang majoritinya menganut fahaman machavelle, yang penting kerja senang.
Kut-kut ada yang dah lupa, mungkin kes Aminurrashid boleh mengingatkan kita balik yang memang dah lama kut polis gunakan cara yang Zahid Hamidi kata ni.
Aku pernah tulis pasai kes adik Aminurrashid ni dalam posting bertajuk
- Apa cerita sebenarnya kes Allahyarham Adik Aminulrasyid??
- Lagi mengenai Allahyarham Aminurrashid - Apa kata Kamal Efendi
Tapi dalam kes adik Aminurrashid tu memang jelas, macamana tiba-tiba dalam kereta depa tu boleh ada parang panjang. Apa kejadahnya ada parang panjang melainkan depa nak membuktikan yang kereta tu memang kereta penjenayah. Mungkin itu kut 'bukti' yang Zahid maksudkan.
Yang lawaknya, dalam video tu jugak Zahid ada kata yang parti-parti sekutu dalam BN ganggu tugas polis nak banteras gangster ni, depa hantar surat bantah bila ada yang kena tahan.
Nak sibuk marah apa kat MCA, MIC dan Gerakan kalau gengster Tiga Line tu dia anggap 'kawan' walaupun jelas Tiga Line tu termasuk dalam senarai gengster kongsi gelap yang disenaraikan oleh polis.
Yang sebenarnya bukan setakat kawan malah aku cukup yakin majoriti ahli Tiga Line tu adalah ahli Umno bahkan ada menber aku yang mengaku ahli Tiga Line bagitau anggota polis pun ramai geng Tiga Line.
Malah aku langsung tak terkejut kalau Zahid Hamidi sendiri pun ahli Tiga Line, memang menteri sorang ni ada ciri-ciri gangster.
Kalau nak jelas apa yang Naib Presiden Umno ni kata hangpa dengar sendiri videoclip kat bawah ni:
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis