Pemilihan PAS: Gila apa PAS Kawasan Putrajaya ni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Oktober 08, 2013

Pemilihan PAS: Gila apa PAS Kawasan Putrajaya ni?

Lebih gila lagi bila dia juga upload surat dia direhatkan dari bertugas sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Putrajaya dan jugak surat dia ditarikbalik dari direhatkan tu. memang gila sungguh pemilihan PAS kali ni.

Satu sidang akhbar akan diadakan pada esok hari (8hb Oktober 2013) bertempat di Kelab Tasik Putrajaya jam 12 tghari berkaitan dengan MESYUARAT AGONG kawasan PUTRAJAYA yg diadakan pada 22 september lalu yang TIDAK SAH. PRESS CONF. akan dibuat oleh Ust. Nazir Zakaria. Sinar malaysiakini telah dijemput....harap akhbar2 lain juga dapat hadir - Facebook.
Itu bunyi status Nazir Zakaria, mantan YDP PAS Kawasan Putrajaya. Entah apa jadi dengan sidang akhbar tu aku taktau pasai sampai la ni aku tak jumpa lagi berita pasai tu.  
Status facebook tu dikepilkan bersama gambar sekeping surat kepada Setiausaha Agung PAS.

Sumber: Facebook
Status sebelum tu Nazir upload imej surat panggilan mesyuarat agung yang tak ikut perlembagaan yang kata perlu dihantar dalam tempoh 14 hari.

Sumber: Facebook
Lebih gila lagi bila dia juga upload surat dia direhatkan dari bertugas sebagai YDP dan jugak surat dia ditarikbalik dari direhatkan tu.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Depa rujuk perlembagaan mana yang boleh 'merihatkan' Yang Dipertua PAS Kawasan. Lagi gila bila surat tu ditandatangan oleh Pemangku Timbalan Yang Dipertua, Pemangku Naib Yang Dipertua dan Penolong Setiausaha.

Tak pernah aku jumpa ada fasal yang sebut pasai Pemangku Naib Yang Dipertua. Pemangku Yang Dipertua memang ada macam dalam FASAL 28 perlembagaan PAS
(7) Jika sekiranya Yang Dipertua PAS Kawasan itu berhenti atau diberhentikan atau apa-apa jua sebab yang menjadikan ia terhalang daripada dapat menunaikan tugasnya, maka Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan itu hendaklah menjalankan tugas dan kerja-kerjanya sehingga kepada Mesyuarat Agung Kawasan yang akan datang yang apa padanya pemilihan, jika kedua-duanya berhenti atau diberhentikan dengan apa-apa jua sebabpun, maka Naib Yang Dipertua hendaklah dilantik memangku jawatan Yang Dipertua dan seorang dari Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan hendaklah dilantik memangku jawatan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan sehingga ke mesyuarat Agung Kawasan yang akan dating yang ada pemilihan. Dan di tempat mereka yang mereka kosongkan bolehlah dilantik gantinya oleh mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan itu daripada mana-mana jua ahli PAS di Kawasan itu.
Aku yakin dalam kes PAS Putrajaya tu jawatan Pemangku Timbalan Yang Dipertua tu tak sah dan jawatan Pemangku Naib Yang Dipertua tu pulak memang kompom tak sepatutnya ujud.

Aku taktau apa punca kegilaan PAS Kawasan Putrajaya ni. Aku harap takdak sangkut paut dengan isu ulama vs profesional yang sebelum ni TG Presiden PAS dah label sebagai kerja syaitan.

Yang aku peliknya pasai apa benda macam ni berlaku di Putrajaya, takkan puak-puak PAS yang di Putrajaya tu jahil sangat sampai perlembagaan PAS pun tak boleh nak faham.

Apa pun, episod ni menggambarkan yang PAS dah masuk satu era baru, tak sama macam era 50an, 60an, 70an malah era 90an pun tak berapa nak ujud lagi berebut jawatan sampai macam ni.

Nak buat macamana, mungkin depa dah terbayang-bayang kebun kurma yang tengah masak ranum jadi mungkin masig-masing tengah prepare pisau pengait buah dan jugak galah la kut.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...