Aku sebenarnya nak sangat-sangat setuju dengan KPN Musa Hassan bila dia mintak semua orang bertenang dan biarkan pihak polis buat siasatan mengenai tragedi yang menimpa adik Aminulrashid. Memang sepatutnya pun macam tu.
Aku nak sangat tak bersetuju dengan apa yang beberapa pihak buat, seolah-olah nak buat satu perbicaraan khas diluar mahkamah, perbicaraan di pentas forum terbuka, malah perbicaraan dipentas politik sekali pun. Aku nak sangat tak bersetuju dan berbeza pendapat.
Tapi bila terbayang track record PDRM, terutama sekali apa yang bekas Ketua Polis Negara sendiri pernah buat dalam kes 'mata lebam' termasuk tindak tanduk Ketua Polis Negara sekarang sendiri terutama masa dia terlibat mengendalikan kes Anwar Ibrahim, aku seperti terpaksa untuk tak bersetuju dengan 'arahan' KPN tu.
Tambah-tambah lagi la bila teringat sapa yang 'pilih' KPN temasuk Musa Hasan jadi Ketua Polis Negara dan kemudiannya sambung pulak lagi kontrak jawatan dia tu.
Bila lintas dalam fikiran nama Altantuya, lagi laa...
Sama jugak dengan apa yang Kamal Efendi, seorang penganalisis jenayah, tulis dalam blog dia. Aku nak sangat bersetuju dengan pendapat dia. Aku copy paste apa yang dia tulis kat bawah ni:
Fallacy
by kamal fnd hashim
1. Kepada sesiapa yang gemar melatah, tulisan ini pasti menyinggung. Maklumlah, bilamana kenyataan itu berbeza dengan pendirian tertentu, maka sudah tentulah ianya menyinggung. Yang jadi parah adalah kerana saya bukan orang politik. Maka sudah tentu dilihat sebagai lebih ganjil!
2. Acapkali saya lihat dayus yang sama berlaku; manipulasi, spekulasi dan fallacy seperti False Attribution digunakan dalam menegakkan benang yang basah. Yang menjadi masalah, adakah kita sebenarnya berminat menyelesaikan isu atau sengaja melengahkan supaya ianya boleh mendatangkan kepentingan kepada kita?
3. Kematian aminulrasyid memperlihatkan kejanggalan ini. Peguam, ya, peguam memberikan kenyataan- kes ini clear cut. Kita mesti dakwa polis- semasa siasatan belum pun lengkap! Laa!!Saya pun turut keliru sama ada mereka ini benar benar peguam atau tidak kerana peguam yang sebenar yakni yang mendukung prinsip keadilan jenayah pasti tahu kenyataan ini berat sebelah dan sedikit nakal!
Biarlah insiden ini disiasat dengan teliti tanpa kita memperlihatkan ketidakmatangan kita yang mengambil kesempatan dari keadaan untuk melunaskan hajat peribadi. Jangan juga menangguk di air keroh. Lebih daripada itu, ada pula yang menuntut supaya Ketua Polis Negara letak jawatan! Pelik!! [ baca selanjutnya apa yang Kamal Effendi tulis kat sini dan sebelum tu kat sini ]
Ataupun, mungkinkah kita boleh yakin dan percaya keadilan sebenar akan bersinar diakhir kes ni. Untuk rekod, Kamal Efendi Hashim adalah salah seorang dari ahli penal khas siasat kes kematian Aminulrashid ⊗
Berkaitan
Nota kaki makan cekam: Aku tak kenal sorang pun polis kecuali lepas aku aktif dalam PAS.
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10