Ketua Dewan Ulamak bakal kena hentam teruk masa Muktamar PAS Pusat nanti? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, September 15, 2013

Ketua Dewan Ulamak bakal kena hentam teruk masa Muktamar PAS Pusat nanti?

Kalau tengok kepada komen kawan-kawan dalam facebook, aku tak heran langsung kalau masa Muktamar Agung PAS Pusat hujung tahun ni, ada perwakilan yang belasah Ust Harun Taib dan resolusi Multaqa kali ni. Kecuali la kalau golongan ulama' berkenaan sanggup sampai tahap sediakan 'skrip' untuk Muktamar Agung tu nanti.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib (gambar) mencadangkan agar parti Islam itu mengkaji balik tahaluf siasi (kerjasama politik) yang dibuatnya dengan PKR.

"Amat wajar sekali tahaluf siasi bersama PKR ini dikaji setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam tahaluf siasi," kata Harun. - TMI.
Kalau betul laporan TMI ni maknanya cadangan tu memang datang dari mulut Ketua Dewan Ulama PAS sendiri dan kemudiannya diangkat sebagai resolusi. Mungkin jugak selepas dibahas panjang lebar dalam multaqa tu.

Aku harap sangat kalau ada yang upload rakaman ucapan Ust Harun tu supaya kita sama-sama boleh nilai hasrat sebenarnya berdasarkan nada ucapan dan juga bahasa badan dia masa buat cadangan tu.

Kalau tengok ke laporan tu aku ambik faham yang Ust Harun minta dikaji semula Tahaluf Siyasi tu dengan cadangan supaya tahaluf siyasi dengan PKR tu dibatalkan.

Nampak macam rasional yang cuba Dt. Khairuddin At-Takiri tak berapa nak tepat.
Saranan Multaqa Ulamak Se-Malaysia anjuran Dewan Ulamak PAS Pusat harini agar PAS menyemak kembali Tahaaluf Siyaasi dengan PR khususnya PKR adalah suatu yang wajar bagi sebuah organisasi besar seperti PAS.

Tahaaluf Siyaasi adalah strategi yang diambil untuk mencapai matlamat kemenangan politik untuk PAS. Setiap strategi perlu disemak dari semasa ke semasa untuk dinilai tahap kejayaan dan kegagalannya.

Sekiranya strategi berjaya mencapai matlamat kejayaan maka ia perlu diteruskan atau dengan penambahbaikan. Sekiranya ia gagal mencapai matlamat maka strategi baru diperlukan. - Facebook.
Tak timbul langsung kut cadangan untuk penambahbaikan macam rasional yang Dr. Khairuddin setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat cuba bagi tu. Malah Dr. Khairuddin macam cuba nak alih isu bila dia kaitkan dengan cadangan kerjasama PR BN pasca PRU13.
Menyemak Tahaaluf Siyaasi dengan PR atau PKR sahaja pula tak bererti bersama dengan UMNO atau BN atas nama Kerajaan Perpaduan dan sebagainya. Ia adalah 2 perkara yang berbeza.

Di saat bunga-bunga Kerajaan Perpaduan antara PR dan BN pasca pru ke 13 cuba dilontarkan oleh pihak-pihak tertentu - sekiranya ia menjadi kenyataan- saya yakin Dewan Ulamak PAS Pusat akan mencadangkan untuk PAS bersedia menjadi pembangkang yang kuat walaupun bersendirian untuk lonjakan kemenangan politik pru ke 14.

PAS menolak UMNO dan BN kerana dasar pemerintahannya yang tidak berasaskan Islam. Maka perjuangan menegakkan dasar Islam dalam pentadbiran negara perlu diteruskan walaupun bersendirian. Dewan Himpunan Penyokong PAS perlu diperkasakan untuk menyebarluaskan lagi sokongan bukan Islam kepada PAS - Ibid.
Bila dikaitkan cadangan dengan 'pihak-pihak tertentu' tu tentu ada yang akan kaitkan pulak dengan isu Kerajaan Perpaduan UG yang TG Presiden sendiri lontarkan satu masa dulu yang PAS dah buat ketetapan untuk 'tutup buku'.

Mungkin dikalangan sebahagian besar ulama terutama sekali dikawasan majoriti melayu macam di Terengganu nampak Tahaluf Siyasi tu 'merugikan' PAS tapi untuk kawasan-kawasan bercampur terutama sekali di sebelah pantai barat, Tahaluf Siyasi memang menguntungkan PAS.

Kalau tengok kepada komen kawan-kawan dalam facebook, aku tak heran langsung kalau masa Muktamar Agung PAS hujung tahun ni, ada perwakilan yang belasah Ust Harun Taib dan resolusi Multaqa kali ni.

Kecuali la kalau golongan ulama' berkenaan sanggup sampai tahap sediakan 'skrip' untuk Muktamar Agung tu nanti.

[Sumber image: DUPahang]

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...