Polis terpaksa ambilalih AES pasai nak selamatkan kroni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, September 15, 2013

Polis terpaksa ambilalih AES pasai nak selamatkan kroni?

Tapi kalau melibatkan kewangan yang melibatkan kroni, kerajaan Najib memang cukup peduli. Memang sepatutnya pun diambilalih AES untuk selamatkan kroni. Najib takkan mampu pertahankan kuasa kalau syarikat kroni tak tolong.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Operasi dan penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kini dikendalikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata perkara itu sudah berkuat kuasa dan membabitkan semua lokasi AES sedia ada. - TMI.    
Ni lagi satu aksi BANGANG kerajaan yang nak menyusahkan rakyat.

TheMalaysianInsider juga melaporkan:
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika mengumumkan perkara itu bulan lepas, berkata kerajaan membuat keputusan mengambil alih AES selepas mendapat maklum balas daripada jawatankuasa pemandu yang ditubuhkan bagi meneliti isu tersebut. - Ibid.
mStar pada 21 Ogos melaporkan:
"Melalui penyelarasan ini membolehkan lesen memandu pesalah lalu lintas digantung sekiranya gagal menjelaskan saman AES ataupun melakukan kesalahan berulang," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis ramah mesra Aidilfitri di Kementerian Pengangkutan di sini, Selasa. - mStar.
Mungkin itu salah satu sebabnya tapi aku yakin ada sebeb lain yang lebih penting macam yang ada aku ulas pasai AES ni 2 bulan lepas.
Ketika mana pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) masih berdepan dengan pelbagai masalah dan rintangan, bank-bank sedang mengejar dua syarikat pengendali, Beta Tegap Sdn Bhd dan Automated Traffic Enforcement System (ATES) Sdn Bhd.

Kedua-dua syarikat ini dikejar oleh bank-bank kerana gagal membuat bayaran balik pinjaman mengikut jadual akibat ditimpa masalah aliran tunai berjumlah jutaan ringgit, lapor The Edge. - Ibid.
Kalau takat masalah persepsi atau perundangan Najib tak berapa nak heran sangat kut sama macam Najib tak heran untuk naikkan harga minyak pasainya pilihanraya umum baru ja lepas, lagipun dia tau heboh rakyat Malaysia ni terutamanya orang melayu cuma hangat-hangat taik ayam ja.

Tapi kalau melibatkan kewangan yang melibatkan kroni, kerajaan Najib memang cukup peduli. Memang sepatutnya pun diambilalih AES untuk selamatkan kroni. Najib takkan mampu pertahankan kuasa kalau syarikat kroni tak tolong, tambah lagi la kalau melibatkan kroni Rosmah.

Aku takdak maklumat macamana kedudukan 2 syarikat yang dapat kontrak AES tu dengan pihak bank sekarang ni tapi aku rasa tentu keadaan semakin genting pasainya walaupun saman AES tetap keluar tapi orang tak berapa heran nak bayar pasai tindakan mahkamah masih lagi dibekukan.

Aku setuju sangat dila Hj Mahfuz persoalkan pasai kos kewangan yang terpaksa kerajaan tanggung.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Kerajaan digesa untuk mendedahkan jumlah yang perlu dibayar kepada dua syarikat konsesi bagi mengambil alih sepenuhnya pelaksanaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) seperti yang diumumkan hari ini, kata Datuk Mahfuz Omar (gambar).

Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor itu (KASE) berkata, tindakan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang tidak memberi butiran jelas perjanjian pengambilalihan itu meragukan. - TMI.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...