Calon Timbalan Presiden PAS: Husam Musa pulak perli resolusi Multaqa? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, September 28, 2013

Calon Timbalan Presiden PAS: Husam Musa pulak perli resolusi Multaqa?

Kalau tengok dari 4 calon Timbalan Presiden PAS ni hangpa agak-agak sapa yang paling ada daya tarikan, selain dari mempunyai kombinasi kepimpinan serta kelayakan yang diterima rakyat keseluruhan pada masa kini.

Sinarharian melaporkan:
Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menggesa ahli Pas supaya mengutamakan parti daripada memperjuangkan individu tertentu.

“Misalnya kalau saya kalah jadi timbalan presiden, tidak mati lagi rasanya, jadi jangan runsing sangat sampai tidak dapat tidur, mungkin ada yang tidak boleh tidur memikir masa depan Pas, bukan masa depan orang, sekali kita silap 20 hingga 100 tahun lagi kesannya,” katanya. - Sinarharian
Sinarharian juga melaporkan:
“Bagi Timbalan Presiden ia kena ada daya tarikan, jika satu masa diperlukan tentera, contohnya ramai antara pengundi kita tentera, saya cadangkan Timbalan Presiden pada masa itu kena tenteralah. Begitu juga pada suatu masa ramai puak-puak kita suka artis, tidak ada masalah, ambil dia jadi Timbalan Presiden,” katanya.

Beliau berkata, Pas juga tidak perlu mengehadkan kepada kumpulan-kumpulan tertentu diangkat sebagai pemimpin tertinggi parti.

“Contohnya jika kita ada pemimpin seperti Tok Guru Nik Aziz, tidak ada siapa yang akan bahas dan pertikaian (untuk memimpin parti) kerana dia berkualiti.

“Tetapi kalau tidak ada, maka kita pun kena sekat, (melalui) pagar, tidak jadi masalah tetapi kerana pagar itu (ada pemimpin Pas) hilang kelayakan,” katanya. - Ibid.
Masa Multaqa Ulamak Semalaysia baru ni anjuran Dewan Ulama' di akhir program depa keluarkan resolusi no 7 yang berbunyi:
7- Multaqa Ulamak Se-Malaysia menerima saranan daripada wakil-wakil perbahasan untuk menegaskan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS sewajarnya daripada kalangan ulama yang memahami dan faqih tentang islam dan realiti semasa. - Ibid.
Saja aku guna perkataan 'perli' dalam tajuk tu pasai memang nampak macam Husam perli Dewan Ulama' tambah-tambah bila dia guna perkataan 'artis'.

Mungkin Husam nak bagitau Dewan Ulama' supaya buat kerja, supaya ramai pengundi sukakan Ulama'. Masa tu tak payah sampai keluarkan saranan dalam bentuk resolusi malah kempen pun tak payah pasai tentu punya pewakilan akan pilih ulama' untuk jadi Timbalan Presiden PAS.

Macam tu jugak kalau ada tokoh ulama' dalam PAS yang setanding TG Nik Aziz, aku yakin takdak sapa pun yang nak lawan. Kalau ada yang lawan tentu punya akan kalah teruk pasai memang kompom yang lawan tu jenis pemimpin yang teruk.

Apa pun, kalau tengok ke nama-nama yang disebut-sebut diperingkat akar umbi ada 4 nama yang jadi favorite untuk jawatan Timbalan Presiden PAS kali ni:

  1. Hj Mohamad Sabu
  2. Ust Tuan Ibrahim Tuan Man
  3. Hj Husam Musa
  4. Ust Nik Amar Nik Abdullah.

Kalau tengok dari 4 calon Timbalan Presiden PAS ni hangpa agak-agak sapa yang paling ada daya tarikan, selain dari mempunyai kombinasi kepimpinan serta kelayakan yang diterima rakyat keseluruhan pada masa kini.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...