Aku sangat yakin, untuk dapat taraf kerakyatan dan dapat kad pengenalan pun sama jugak, tentu punya ada menatang macam no 6 tu, jadinya memang tak salah la kalau Dr. Mahathir kata projek IC Sabah semuanya ikut undang-undang.
MalaysianInsider semalam melaporkan:
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, beliau tidak pernah mendengar mengenai "Projek IC" sehingga baru-baru ini dan tidak pernah mengeluarkan mana-mana perintah berkaitan pemberian kad pengenalan secara sembarangan kepada pendatang asing di Sabah.
Bekas perdana menteri yang berpakaian sut kelabu lengkap dengan tali leher merah dan kemeja ungu dan berusia 88 tahun itu mengundang tawa mahkamah yang penuh sesak apabila dengan sinis berkata:”Terima kasih banyak kepada pegawai Manoi Kurup yang memberitahunya bahawa Projek IC juga dikenali sebagai Projek M, M maknanya untuk Mahathir. - TMI.
Dengan selamba ja si Mahafiraun ni kata dia langsung taktau pasai projek IC di Sabah tu kat depan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dengan pendatang haram di Sabah, pada hal pada 17 Januari 2013 nada Dr. Mahathir bunyinya macam lain.
Malaysiakini melaporkan:
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bapa kemerdekaan Tunku Abdul Rahman melakukan perkara "lebih teruk" dalam tindakan memberi kad pengenalan kepada warga asing.Nak lagi jelas lagi 'nada' Mahafiraun tu, hangpa dengar tengok sendiri videoclip kat bawah ni.
Mahathir ketika ditanya pemberita, mengakui bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing semasa pentadbirannya.
Namun beliau mendakwa tindakan berkenaan dijalankan mengikut undang-undang.
"Kita patut tengok balik dan ingat. Tunku Abdul Rahman lebih teruk daripada saya. Dia beri sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia (Tunku Abdul Rahman) buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah? - Mkini.
Tapi bila diteliti balik, memang betul macam yang Dr. Mahathir kata, semua kad pengenalan segera tu dibagi mengikut undang-undang.
Pasainya kalau ikut peraturan, kumpulan yang layak dapat PR adalah:
- Kumpulan profesional.
- Anak kumpulan profesional di bawah enam tahun.
- Isteri kumpulan profesional.
- Mempunyai kebenaran daripada Menteri Dalam Negeri atas kepentingan ekonomi negara.
- Anak bagi warganegara yang berumur bawah enam tahun.
- Kes-kes khas. - (sumber)
Ikut undang-undang KEPALA HOTAK dia...,
Yang lagi celakanya dia salahkan menteri dan pegawai kerajaan pulak.
Dr Mahathir, bagaimanapun, berkata sering terjadi arahannya disalahertikan oleh menteri dan pegawai kanan kerajaan.Kalau dah sampai buat mesyuarat selepas mesyuarat pasca Kabinet takkan la menteri dan pegawai kanan kerajaan tak faham jugak.
Katanya, beliau selalu mengadakan mesyuarat selepas mesyuarat pasca Kabinet untuk menjelaskan lagi arahannya bagi memastikan arahannya itu jelas dan difahami. - Ibid.
Apa pun, aku cukup setuju kalau ada yang kata Dr. Mahathir ni memang MUNAFIQ.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis