Salah faham berkenaan isu OKZ Geng 13 demonstrasi di Bukit Chandan (video) | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, September 16, 2013

Salah faham berkenaan isu OKZ Geng 13 demonstrasi di Bukit Chandan (video)

Yang sebenarnya bukan sabitan bersalah dan hukuman OKZ Geng 13 peserta demonstrasi di Bukit Chandan tu tak boleh dirayu tapi Hakim Norsalha Hamzah putuskan hukuman tu berjalan serta merta dan tak benarkan rayuan supaya hukuman tu ditangguhkan

Roketkini melaporkan:
“Mereka bukan pengganas tetapi rakyat Malaysia dan pejuang mempunyai hak untuk bersuara apabila demokrasi dicemar dengan rampasan kuasa,” kata Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Beliau juga sedih dan terkejut dengan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar yang menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 ke atas 13 peserta demonstrasi di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, 6 Februari 2009 lalu. - Roketkini
Ramai yang salah faham berkenaan PKZ Geng 13 yang kena hukuman penjara 2 tahun di Penjara Tapah hari Jumaat lepas.

Ramai kawan-kawan tanya aku "Pasai apa pulak tak boleh merayu?" Tah mana depa dapat fakta salah tu aku pun tak pasti.

Yang sebenarnya bukan sabitan bersalah dan hukuman OKZ Geng 13 peserta demonstrasi di Bukit Chandan tu tak boleh dirayu tapi Hakim Norsalha Hamzah putuskan hukuman tu berjalan serta merta dan tak benarkan rayuan peguam supaya hukuman tu ditangguhkan.

Untuk lebih faham elok hangpa tengok videoclip bawah ni, ada penerangan dari peguam dan juga maklumat ringkas situasi terkini berkenaan OKZ Geng 13 tu.


Aku saja salintampal komen Ngeh Koo Ham pasai isu OKZ ni, bukan saja-saja. Malas nak ulas panjang, elok aku salintampal status yang Mat Saman Kati tulis dalam facebook dia.
Yang hangpa panggil Ngeh Koo Ham untuk berceramah pasai Geng 13 tu buat apa? Selama 5 tahun yang lalu, dia tak pernah ambik tau pun pasai geng 13. Malah ada ADUN yang datang mengikuti perbicaraan pun dia tak bagi sebab takut jatuh imej..takut nanti dikatakan menentang Sultan.

Dan sejak dua hari lalu, dia pulak yang cuba jadi jurucakap...dan macam-macam la kenyataan dia yang tak betui. Sampai aku pun dok percaya.

Hari ni aku baca status dalamFB, ramai yang kata peguam akan membuat rayuan di mahkamah Taiping Selasa ini. Malah ada yang bagi tau, kesemua 13 yang dipenjara itu akan dibawa ke mahkamah Taiping.

Semua bohong. - Facebook.
'Peluang besaq' macam ni memang orang politik takkan lepaskan, tambah-tambah pemimpin spesis macam Ngeh Koo Ham yang jenis muka tak malu. Bukan nak kata DAP, dalam PKR dan PAS pun belambak jenis macam tu, bila dah klimik kalut tunjuk muka dan berlagak hero.

Apa pun, selain yang kat dalam videoclip kat atas tu dan yang bawah ni, aku pun dah jadi tak pasti apa yang betul dan apa yang bohong. Kalau nak tau elok hangpa turun sendiri ke depan Penjara Tapah pada Selasa malam nanti, pasainya ramai yang dah setuju untuk berhimpun termasuk keluarga OKZ, hangpa boleh tanya sendiri kat orang yang berkenaan.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...