Tambah lagi tak patut kalau jasad Chin Peng yang dah mati pun tak dibenar disemadikan di tanah melayu ni. Waktu dia hidup Umno BN takut aku tak heran tapi bila dah jadi arwah pun Umno BN masih takut jugak?
Malaysiakini melaporkan:
Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng yang tinggal dalam buangan di Thailand meninggal dunia di satu hospital di Bangkok pagi ini. Laporan media Thailand hari ini menyebut, Chin Peng, 90, meninggal dunia akibat sakit tua pada jam 6.20 pagi.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan pada 1924. Beliau diburu pihak berkuasa Malaysia susulan pemberontakan PKM yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia terbunuh. - Mkini.
Malaysiakini juga melaporkan:
Chin Peng mula mendapat perhatian apabila mengetuai pasukan gerila untuk menentang tentera Jepun melalui pasukan Malayan Peoples Anti-Japanese Army (MPAJA).Umno BN yang mewarisi kuasa pemerintahan penjajah terus sambung berperang dengan rakyat bagi pihak British sampai sekarang, terpaksa hidup dalam buangan dan mati di Bangkok.
Beliau membantu British dalam kempen tersebut dan mendapat anugerah dari kerajaan British.
Anugerah berkenaan kemudiannya ditarik balik apabila PKM bawah pimpinan Chin Peng mensasarkan tentera British yang kembali ke Malaya selepas Jepun menyerah diri.
Perintah darurat kemudiannya diumumkan pada 16 Jun 1948 selepas PKM menyerang dan membunuh tiga pengurus ladang British, dan parti tersebut seterusnya diharamkan sebulan kemudian.
Pertentangan di antara PKM dan British berterusan sehingga 1960 apabila perintah darurat ditarik balik dan Chin Peng serta pengikutnya kemudian melarikan diri ke Selatan Thailand.
communist insurgents in malaya 240609PKM meletak senjata pada 1989. Satu perkara yang dipersetujui dalam perjanjian berkenaan adalah untuk membenarkan anggota PKM kembali ke Malaysia.
Susulan itu, beberapa pemimpin PKM seperti Shamsiah Fakeh dibenarkan pulang namun ramai lagi termasuk Rashid Maidin dan Abdullah CD, serta Chin Peng sendiri, tidak dibenarkan pulang. - Ibid.
Aku yakin ramai yang tak setuju dengan persepsi macam tu tapi pada aku Chin Peng sepatutnya diangkat sebagai pejuang kemerdekaan yang berjuang menentang penjajah dengan kaedah angkat senjata.
Persepsi berbeza pasai sudut kita tengok berbeza. Aku punya sifir mudah ja, sapa-sapa yang bekerjasama dengan penjajah British adalah pengkhianat manakala sapa pun yang bangun menentang penjajah British adalah pejuang kemerdekaan.
Jadinya memang tak sepatutnya Umno BN tak bagi Chin Peng balik ke tanah melayu pasainya tanah melayu ni tanah tumpah darah dia jugak. Tambah lagi tak patut kalau jasad dia pun tak dibenarkan disemadikan di tanah melayu ni.
Waktu dia hidup Umno BN takut aku tak heran tapi bila dah jadi arwah pun Umno BN masih takut jugak?
Berkaitan
Bahasan aku berkenaan penggunaan istilah ARWAH (updated)
Kalau ikut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, penggunaan perkataan ARWAH kat tajuk aku tu memang salah dari segi tatabahasa tapi aku peduli apa, blog aku ni bukannya blog tusyen untuk UPSR ka apa...
Lagi pun penggunaan perkataan ARWAH untuk si mati pun tak kena pasainya perkataan ARWAH tu dari bahasa arabg, plural perkataan ROH, takkan kut satu jasad ada banyak roh.
Lagi satu kalau ikut Ustaz sepatutnya guna perkataan ALLAHYARHAM (dengan maksud semoga Allah merahmati) untuk si mati yang Islam pasainya sambil sebut nama si mati kita mendoakan si mati berbanding perkataan AWRAH yang takdak makna untuk si mati.
Aku sebenarnya saja 'dengan niat' guna perkataan arwah tu pasai aku dah lama kurang setuju penggunaan perkataan ARWAH tu terutama sekali kalau si mati tu ahli keluarga kaum kerabat kita.
Lain la kalau aku guna perkataan ALLAHYARHAM untuk Chin Peng tu, tapi tu p[un masih boleh dibahas lagi...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis