Harap-harap bukan ini sebabnya siri jenayah 'pembunuh upahan' berleluasa | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Ogos 01, 2013

Harap-harap bukan ini sebabnya siri jenayah 'pembunuh upahan' berleluasa

Tanpa ISA, Ordinan Darurat dan Akta Hasutan, Malaysia di dah hampir macam Gotham City tanpa Batman, macam Detroit tanpa Robocop, semakin kucar-kacir, jenayah sana sini, semakin ramai yang kurang ajar, negara menuju ke arah anarkisme dan hooliganisme yang tiada sempadan...

TheMalaysianInsider melaporkan:
Pembunuhan menggunakan senjata api yang semakin berleluasa merupakan fenomena baru dan mungkin melibatkan 'pembunuh upahan', kata bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Tan Sri Zaman Khan.

Beliau berkata, kes jenayah kini tidak lagi berunsur rompakan atau samun tetapi bermotif isu peribadi dan modus operandi penjenayah terbabit dirancang dengan rapi. - TMI.  
Pasai ni la yang dalam posting sebelum ni aku tak puas hati dengan KPD Kerian yang suka-suka cakap kes di Parit Buntar tu 'kes terpencil'.

Walaupun Zaman Khan ulas pasai kes Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi tak mustahil kes di Parit Buntar tu pun melibatkan 'pembunuh upahan' jugak.

Itu dari pandangan satu sudut, tapi persepsi pertama aku lain sikit. Aku dok rasa macam ada 'something fishie' bila dalam masa terdekat ni banyakk sangat kes mati kena bunuh guna pistol ni, macam jadi trend pulak.

Aku perasan sebelum kes-kes ni jadi, menteri merungut pasai cadangan pemansuhan Akta Hasutan dan siap bagi contoh kononnya bila sebelum ni Ordinan Darurat dimansuhkan, ramai penjenayah yang pernah kena tahanan dibawah undang-undang tu yang buat jenayah berat.

Aku dok nampak macam ada kemungkinan jugak kes-kes ni 'dirancang' untuk tunjukkan yang keadaan sekarang ni memerlukan Undang-undang drakonian macam ISA, Akta Hasutan dan Ordinan Darurat.

Aku harap sangat apa yang aku fikir tu tak betul dan kes-kes tu bukannya 'dirancang'  tapinya persepsi macam tu jadi lagi kuat bila ada laporan macam kat bawah ni.

Malaysiakini melaporkan:
Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyambut baik cadangan supaya diperkenalkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan tetapi ia perlukan kajian mendalam dan mendapatkan pandangan semua pihak.

Beliau berkata kadar jenayah yang semakin meningkat sekarang memang ada kaitan dengan pemansuhan Ordinan Darurat (EO) dan ISA dan kerajaan perlu mewujudkan langkah-langkah terbaik bagi menanganinya. - Mkini.
Yang lawaknya ada penchachai Umno BN update facebook dia ayat macam kat bawah ni:
Tanpa ISA, Ordinan Darurat dan Akta Hasutan, Malaysia di dah hampir macam Gotham City tanpa Batman, macam Detroit tanpa Robocop, semakin kucar-kacir, jenayah sana sini, semakin ramai yang kurang ajar, negara menuju ke arah anarkisme dan hooliganisme yang tiada sempadan... - Facebook.
Tapi lawak bertukar bangang bila dia sambung dengan:
Tapi fanatik PAS ni pandai menangguk di air yang keruh, mereka kata kita perlukan HUDUD, ya saya setuju umat Islam perlukan HUDUD, tapi perlaksanaannya bagaimana? Apa perincian untuk ke arah hudud yang PAS telah sumbangkan untuk merealisasikan perlaksanaannya sekurang-kurangnya di Kelantan terlebih dahulu sepertimana ACHEH dan PAHANG telah melaksanakan hukum sebat syariah (setakat ini tanpa HUDUD)? - Ibid.
Berkaitan:
Alasan bangang bekas Ketua Polis Negara untuk kekalkan Akta Hasutan
Auta Zahid Hamidi untuk kekalkan Akta Hasutan?

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...