Tak ka bangang namanya, mansuh undang-undang pasai nak menangkan BN dalam pilihanraya. Pasai tak membantu kemenangan BN lantak pi la ada undang-undang yang zalim kepada rakyat pun, janji senang kerja polis.
Malaysiakini melaporkan:
Bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor berkata kerajaan perlu memperkenalkan akta baru dengan peruntukan yang “lebih ketat dan tegas”, sekiranya undang-undang tersebut akan digubal untuk menggantikan Akta Hasutan.
Abdul Rahim dalam satu wawancara disiarkan Berita Minggu hari ini berkata, kerajaan perlu bertindak demikian memandangkan Akta Hasutan merupakan undang-undang yang mampu menjamin keharmonian antara kaum. - Mkini.
Aku takdak masalah sangat kalau betul Akta 15 atau lebih dikenali Akta Hasutan tu boleh menjamin keharmonian antara kaum cumanya persepsi hasil dari kerjabuat Umno BN dengan kerjasama polis, akta ni bagi ruang untuk malah selalu sangat disalahguna untuk tujuan keuntungan politik Umno BN.
Cumanya selain dari janji Najib, katanya kabinet pun dah buat keputusan yang akta ni tetap akan dimansuhkan wqalaupun bila taktau lagi.
Aku memang jahil bab undang-undang tapi pada aku contohnya perkataan "kecenderungan menghasut" tu sangat umum dan cukup mudah ditafsir untuk sabitkan sapa saja tanpa peduli apa niatnya.
Yang bangangnya alasan bekan KPN ni macam yang Malaysiakini lapokan diakhir laporan tu:
Abdul Rahim berkata beliau sedar dengan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menggantikan Akta Hasutan – dan juga persepsi bahawa BN akan dilihat tidak menepati janji sekiranya tidak berbuat demikian.Tak ka bangang namanya, mansuh undang-undang pasai nak menangkan BN dalam pilihanraya. Pasai tak membantu kemenangan BN lantak pi la ada undang-undang yang zalim kepada rakyat pun, janji senang kerja polis.
Namun tindakan memansuhkan undang-undang keselamatan sebelum ini juga tidak memberi membantu BN dalam pilihan raya umum 5 Mei, katanya lagi.
“Apa yang saya lihat banyak juga akta berkaitan keselamatan sebelum ini dimansuh atau dibuang kerajaan, tetapi ia tidak membantu pun meningkatkan kemenangan BN (dalam pilihan raya umum 5 Mei). - Ibid.
Tapi bila difikirkan balik, apa sangat yang boleh diharap dari bekas KPN yang pernah bubuh penerajang seorang tahanan yang bukan saja digari tapi jugak ditutup mata mungkin atas alasan menyusahkan kerja dia.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis