Auta Zahid Hamidi untuk kekalkan Akta Hasutan? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Julai 13, 2013

Auta Zahid Hamidi untuk kekalkan Akta Hasutan?

Apa pun, aku tak rasa pemansuhan Akta Hasutan ni akan jadi berita baik, pasainya tak mustahil Akta Keharmonian Nasional tu lebih kurang sama ja macam Akta Hasutan kalau pun tak lebih teruk lagi. 

mStar kelmarin dulu melaporkan:
Kebanyakan penjenayah yang ditangkap kerana melakukan kesalahan di negara ini adalah bekas tahanan di bawah Ordinan Darurat (EO), kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Ini bukan persepsi tetapi realiti. Dari segi tangkapan, kebanyakan pesalah adalah yang dibebaskan dari EO yang dimansuhkan," katanya ketika menjawab soalan tambahan Azmin Ali (PKR - Gombak) semasa sesi soal jawab di Parlimen, Rabu. - mStar.
Untuk kuatkan lagi dakwaan dia tu Zahid kata ada kajian yang kata macam tu macam yang Malaysiakini laporkan:
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata satu kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa sebahagian besar kegiatan jenayah dilakukan oleh bekas tahanan Ordinan Darurat (EO).

"Saya dapat statisitik yg dibuat secara empirikal, di Selangor 90 peratus jenayah berat terancang dilakukan oleh bekas tahanan yang ditahan dahulunya di bawah EO," kata Zahid.

Katanya, beliau juga akan membentangkan statistik dari kajian itu secara lengkap dalam sidang Parlimen akan datang. - Mkini.
Harakahdaily pula melaporkan:
Bagaimanapun, Setiausaha Publisiti DAP itu berkata, kenyataan Ahmad Zahid itu sangat bertentangan dengan apa yang didakwanya sendiri.

“Kalau ‘kajian’ itu wujud, sudah tentu 90 peratus penjenayah itu sudah boleh dikenal pasti, disiasat, ditahan dan didakwa.

“Tapi, kalau mereka ditahan dan disiasat, dan masih kurangnya laporan, jadi bagaimana mereka tahu jenayah masih berleluasa dan pihak polis masih memerlukan EO. Adakah menteri cuba memberitahu kita bahawa mereka mengenalpasti semua suspek bagi jenayah yang berlaku tetapi tidak mampu menahan dan mendakwa mereka,” tambah Pua. - Hrkh.
Persepsi aku yang pertama dakwaan Zahid ni mungkin sama macam janji dia nak dedahkan 3 pemimpin pembangkang yang katanya dalang dalam episod pencerobohan Sulu di Lahad Datu tapi sampai sekarang ni masih lagi dia tak bagitau.

Yang kedua, kalau pun mungkin betul ada laporan 'kajian' macam tu tapi tak mustahil kajian tu sebenarnya palsu, sapa yang ada akses nak semak keabsahan kajian tu?

Semua tu kemungkinan besarnya auta Zahid dengan kerjasama Ketua Polis Negara, pasainya nampak sangat Zahid dan KPN yang nampak jelas bersungguh-sungguh nak Akta Hasutan dikekalkan dan kes pemansuhan EO ni dia spin untuk halalkan Akta Hasutan dikekalkan.

Malang bagi Zahid dan Ketua Polis Negara, nampaknya Akta Hasutan akan dimansuhkan jugak walaupun taktau lagi bila.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Kabinet hari ini mengekalkan keputusan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lepas, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata Akta Keharmonian Nasional yang menggantikan Akta Hasutan kini dalam proses penggubalan. - TMI.
Apa pun, aku tak rasa pemansuhan Akta Hasutan ni akan jadi berita baik, pasainya tak mustahil Akta Keharmonian Nasional tu lebih kurang sama ja macam Akta Hasutan kalau pun tak lebih teruk lagi.

Tentu punya akan jadi macam Akta perhimpunan Aman yang menggantikan Akta Polis 1967 walaupun nampak macam lebih terbuka tapi cukup banyak 'lobang' yang dengan mudah boleh disalahgunakan untuk puak-puak yang celaka beraksi macam 'si anjing Umno'.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...