Pasai apa PAS lambat sangat komen pasai Seksyen 107(b) tu? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Julai 02, 2013

Pasai apa PAS lambat sangat komen pasai Seksyen 107(b) tu?

Aku harap sangat sebab utama PAS lambat komen sebab PAS tengah buat kajian terpeinci pasai RRU ni bukan sekadar Seksyen 107(b) walaupun aku sendiri tak berapa nak yakin...

Malaysiakini melaporkan:
Menurut Islam, penukaran agama kanak-kanak hanya boleh dibuat melalui persetujuan ibu, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, Pakatan Rakyat akan membincangkan langkah untuk meminda undang-undang Islam berkaitan penukaran agama kanak-kanak itu sebelum membuat pandangan rasmi.

Katanya, terdapat kes spesifik dalam sirah nabi apabila Nabi Muhammad menghantar seorang kanak-kanak kembali kepada ibunya kerana hanya bapanya sahaja yang memeluk Islam. - Mkini.     
Sinarharian pulak melaporkan:
Pakatan pembangkang belum membuat pendirian tentang satu fasal dalam Seksyen 107(b) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013, yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat minggu lepas.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka masih berbincang dan keputusan mengenainya akan hanya dibuat menjelang minggu depan.

Fasal dalam rang undang-undang itu yang membenarkan kanak-kanak bawah umur menukar agama dengan persetujuan ibu atau bapanya, dilihat banyak pihak tidak seiring dengan keputusan Kabinet pada 23 April 2009. - Sinarharian.
Aku tak peduli sangat apa pendirian Anwar Ibrahim yang pentingnya apa pendirian Pakatan Rakyat dalam isu ni. Mampukah Pakatan Rakyat bersatu hati dalam isu ni.

Yang lebih aku mushkilnya pasai apa sampai hari ni aku trak jumpa pun lagi komen pasai isu ni dari pemimpin PAS. Mungkin kut pemimpin PAS takmau buat kenyataan awal takut nanti bercanggah dengan pendirian yang akan Pakatan Rakyat.

Tapi rasanya tak kut, pasainya dalam isu lain contohnya isu #blackout505 ramai yang buat kenyataan yang 100% berbeza dengan pendirian Pakatan Rakyat malah berbeza dengan pendirian rasmi PAS sendiri.

Aku harap sangat PAS boleh bagi pendirian rasmi dulu mengenai isu ni sebelum Pakatan Rakyat buat buat pendirian rasmi.

Pasainya sebagai 'gerakan Islam' PAS memang sepatutnya kut ada pendirian yang tegas dalam isu RRU  Pentadbiran Agama Islam 2013, bukan setakat Seksyen 107(b) tu tapi keseluruhan Seksyen yang ada dalam RRU tu.

Aku harap sangat sebab utama PAS lambat komen sebab PAS tengah buat kajian terpeinci pasai RRU ni bukan sekadar Seksyen 107(b) walaupun aku sendiri tak berapa nak yakin...

Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...