Aksi Pemuda Umno menyinga konon pertahankan Islam tapi sebenarnya BANGSAT? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Julai 02, 2013

Aksi Pemuda Umno menyinga konon pertahankan Islam tapi sebenarnya BANGSAT?

Tapi aku tak rasa Khairy akan berani bersuara macam ayam jantan lagi, tak macam sebelum-sebelum ni. Tentu punya dia lebih sayangkan jawatan dia sebagai Menteri dari sekadar beraksi BANGSAT konon sanggup pertahankan Islam.

Sinarharian melaporkan:
SHAH ALAM - Kerajaan digesa bersikap tegas dan tidak tunduk kepada mana-mana pihak demi mempertahankan Seksyen 107(b) Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013. - Sinarharian.    
Bunyi tu nampak macam semangat tu cantik dah, nampak macam sayangkan Islam sungguh-sungguh tapi realitinya cuma aksi politik yang bangsat.
Jelas kebangsatannya dila Sinarharian juga melaporkan:
Menurutnya, kenyataan Kit Siang secara tidak langsung menggambarkan hala tuju parti diwakilinya dalam negara ini yang didakwanya enggan akur dengan undang-undang tersebut dan beliau hairan kerana masih ada pihak sanggup bekerjasama dengan parti tersebut.

"Saya hairan kenapa masih ada yang memberi undi kepada parti berkenaan," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Shahrin berkata, jika golongan ini berjaya memerintah negara akan membawa gelora baru dalam politik.

“Pihak berkenaan akan menggunakan hak asasi bagi mencapai hasrat mereka," kata Shahrin, yang juga Ketua Pemuda Umno Tebrau, Johor. - Ibid.
Pasai apa cuma sebut Lim Kit Siang dan DAP padahal MIC dan MCA lebih dulu bagi komen macam tolak Seksyen tu.

Aku ada kopipes sebelum ni:
Malaysiakini melaporkan:
MCA menyelar pembentangan secara "diam-diam" undang-undang pentadbiran Islam Wilayah Persekutuan berkaitan penukaran agama anak sebagai "mengejutkan" kerana ia didakwa menceroboh hak bukan Islam.

"Saya terkejut apabila difahamkan kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 kerana ia mengandungi peruntukan kontroversi yang menjejaskan perlembagaan dan hak beragama bukan Islam. - Mkini.  
Malaysiakini juga melaporakan:
MIC hari ini senada dengan rakan BN-nya MCA apabila meluahkan perasaan terkejutnya terhadap rang undang-undan berkaitan penukaran agama kanak-kanak.

Bendahari MIC Kebangsaan Jaspal Singh berkata, perkara itu tidak dapat diterima dan mereka tidak dibawa berunding berhubung perkara itu.

"(Pindaan) ini paling berbahaya, subversif dan klausa antiperlembagaan entah bagaimanapun dimasukkan dalam rang undang-undang.

"Jelas sekali tiada perunding-perunding dengan pihak berkaitan, jika tidak kita akan akan ketengahkan ketidakadilan dalam klausa berkaitan," katanya dala m kenyataan hari ini. - Mkini.
Tapi nak kata kenyataan ni sebagai kenyataan Pemuda Umno pun tak berapa nak boleh kut pasainya sapa Shahrin ni, cuma sekadar Exco Pemuda Umno yang aku tak pernah dengar pun nama dia. Harapnya Khairy sebagai Ketua Pemuda Umno boleh respong pendirian sebenar Pemuda Umno.

Tapi aku tak rasa Khairy akan berani bersuara macam ayam jantan lagi, tak macam sebelum-sebelum ni. Tentu punya dia lebih sayangkan jawatan dia sebagai Menteri dari sekadar beraksi BANGSAT konon sanggup pertahankan Islam.

Berkaitan
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...