PAS bergabung dengan Umno untuk 'bunuh' Mat Sabu? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Julai 30, 2013

PAS bergabung dengan Umno untuk 'bunuh' Mat Sabu?

Bahkan isu pasai Syiah ni macam dah jadi 'ratib' wajib menjelang muktamar yang ada pemilihan kepimpinan PAS setiap 2 tahun termasuk pemilihan 2 tahun lalu tapi Mat Sabu tetap dipilih oleh perwakilan sebagai Timbalan Presiden PAS.

TheMalaysianInsider melaporkan:
"Sekarang ini sesetengah pihak dalam PAS sedang bergabung dengan sesetengah pihak dalam Umno nak 'bunuh' aku," kata Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS kepada The Malaysian Insider.

Beliau mengulas laporan yang melarat-larat tentang isu Syiah sejak kebelakangan ini. Mohamad diserang habis-habisan apabila beliau mengunjungi Menteri Wakaf Syria setahun lalu.

Beliau didakwa menyokong kerajaan Bashar di Syria dalam isu pertentangan di negara itu kerana beliau didakwa pengikut Syiah. - TMI.
Memang nampak sangat ada usaha macam tu, walaupun mungkin tak secara rasmi ada 'kerjasama' untuk bunuh karier politik Mat Sabu antara sebahagian pihak dalam PAS dengan sebahagian pihak dalam Umno.

Bahkan isu pasai Syiah ni macam dah jadi 'ratib' wajib menjelang muktamar yang ada pemilihan kepimpinan PAS setiap 2 tahun termasuk pemilihan 2 tahun lalu yang tapi Mat Sabu Syiah tetap dipilih oleh perwakilan sebagai Timbalan Presiden PAS.

Untuk pemilihan kali ni aku rasa nasib Mat Sabu mungkin tak sebaik 2 tahun lepas. Dengan isu Syiah yang cukup hebat dimainkan dan ditambah pulak dengan persepsi yang Mat Sabu tak berapa perform sebagai Timbalan Presiden PAS aku rasa dia bakal kalah kalau dia cuba pertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS tu.

Tambahan pulak dia gagal menang dalam PRU13 lepas walaupun bertanding di Parlimen Pendang yang boleh dikira kawasan kuat PAS yang juga kawasan bekas Presiden PAS, Allahyarham Ust Fadzil pernah jadi ahli parlimen kawasan tu.

Tambah-tambah pulak kalau jadi pertembungan satu lawan satu antara Mat Sabu dengan Ust Tuan Ibrahim Tuan Man untuk jawatan Timbalan Presiden PAS tu. Masa pemilihan 2 tahun lepas jawatan tu ada pertandingan 3 penjuru antara penyandang jawatan Ust Nasharuddin Mat Isa ditentang oleh Mat Sabu dan juga Ust Tuan Ibrahim.

Menjawab isu yang tuduh Mat Sabu sokong kerajaan Bashar Al Asad di Syiria sebagai hujjah dia menganut fahaman Syiah, TheMalaysiaanInsider melaporkan:
Mohamad beberapa kali menjelaskan beliau bukan Syiah tetapi menyokong pendekatan politik yang diambil oleh kerajaan Iran dan Hizbullah dalam memperjuangkan Islam dan melawan musuh Islam iaitu Israel dan Amerika.

Dalam kes Syria, ketika Amerika membantu usaha menjatuhkan kerajaan Bashar Al Asad, beliau bimbang akan lahir kerajaan boneka Amerika kedua di rantau itu selepas Iraq.

Bagi beliau, dari menjadi boneka Amerika lebih baik mengekalkan kerajaan yang ada dan membiarkan rakyatnya sendiri menentukan kerajaan di sana dari campur tangan Amerika. - Ibid.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...