Apa pun, keputusan macam ni patutnya memalukan Idris 'Natang' Jusuh yang sebelum ni dengan angkuh kata calon Umno BN akan menang majoriti besar sehingga 4,000 undi.
Aku tak pasti keputusan rasmi dah diumumkan ka belum pasai aku malas nak mengadap TV, baik aku mengadap laptop dari mengadap TV walaupun sebaiknya aku dah ada kat surau sekarang ni.
Apa pun nampak gayanya kompom la majoriti pengundi Kuala Besut masih nak Umno BN jadi wakil depa, tak kira la sebab duit raya ataupun janji Umno BN yang hampir setengah billion untuk Kala Besut.
Kat bawah ni keputusan tak rasmi yang dah berlegar di facebook calon Umno BN menang dengan majoriti 2,642 undi.
Sumber: Facebook |
Pasainya jentera PRK Kuala Besut bukan lawan dengan jentera Umno BN tapi kawan dengan jentera Kerajaan Pusat yang memang hebat sangat bezanya terutama sekali dari segi kekuatan dana dan juga kekuatan rasuah depa.
Lagi satu kira ok la boleh dapat undi tara tu dalam keadaan pengundi melayu kurang sikit 100%. Kalau ada pengundi cina dalam 30% kompom kut Che Long akan menang. Nak buat macamana, memang majoriti pengundi melayu masih belum celik politik, masih terbelenggu politik rasuah dan ugut cara Umno BN yang celaka tu.
Apa pun, keputusan macam ni patutnya memalukan Idris 'Natang' Jusuh yang sebelum ni dengan angkuh kata calon Umno BN akan menang majoriti besar sehingga 4,000 undi.
"Insya-Allah kita bukan sahaja sasar untuk menang tetapi majoriti undi sehingga 4,000 (undi) di Kuala Besut... kenapa 4,000? sebab ahli parlimennya ialah menteri pendidikan kedua.Tapi main dengan pemimpin Umno BN ni bukan tau malu, kalau tak percaya hangpa tunggu la ulasan dia pasai keputusan PRK Kuala Besut ni, tentu punya dengan bangga dia akan spin kut lain pulak.
"Mereka harus berbangga dan bersyukur kerana pengiktirafan telah diberi," katanya sambil ketawa. - Ibid.
Update:
Kat bawah ni keputusan rasmi PRK N01 Kuala Besut
TheMalaysianInsider melaporkan:
Calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman menewaskan lawannya dari PAS, Endut@Azlan Yusof dengan majoriti 2,592 undi, sekaligus menyaksikan pembangkang sukar menembusi kubu kuat BN itu.
BN memperolehi 8,288 undi, manakala PAS pula sekadar memperolehi 5,696 undi. Sejumlah 125 undi pula diumumkan tidak diterima. - TMI.
Macama pulak boleh tak sama dengan keputusan tak rasmi macam kat atas tu? Nanti esok pagi la kalau aku rajin aku acu cuba try test siasat tengok.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis