Dakwat kekal punya pasai Rusli Yasmin kena bayar RM70,000 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Julai 25, 2013

Dakwat kekal punya pasai Rusli Yasmin kena bayar RM70,000

Tak ka BANGSAT lagi CELAKA punya SPR, buat peraturan dakwat kekal dan habiskan duit rakyat berpuluh juta tapi langsung takdak makna apa-apa dari segi perundangan.

Bernama melaporkan:
Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan di Parlimen Titiwangsa selepas Mahkamah Pilihan Raya membatalkan petisyen yang difail seorang pengundi untuk membatalkan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) bagi kawasan itu.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu selepas mendapati petisyen yang difail Rusli Yasmin cacat kerana tidak mematuhi Perintah 4 Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954. - Sinar.
Menatang apa "Perintah 4 Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954" tu aku pun taktau, tanya google pun tak dapat jawapan. Jadinya sapa-sapa yang ada ilmu pasai menatang ni tolong la bagi pencerahan pasainya aku yakin cukup ramai yang macam aku yang 'buta' undang-undang yang teringin nak tau sama.

Bernama juga melaporkan:
Zabariah juga memutuskan bahawa Rusli gagal mengemukakan fakta bagi menyokong dakwaan ketidakpatuhan yang menjejas keputusan pilihan raya itu seperti yang dikehendaki oleh Seksyen 32(a) dan (b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. - Ibid.
Kalau ikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, seksyen 32 tu menyatakan:
(a) bahawa penyogokan, penjamuan atau intimidasi secara am telah berlaku sebegitu berleluasa sehingga ia boleh dijangkakan dengan semunasabahnya telah menyentuh keputusan pilihan raya itu;

(b) ketidakpatuhan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan penjalanan mana-mana pilihan raya jika didapati bahawa pilihan raya itu telah tidak dijalankan mengikut prinsip yang ditetapkan dalam mana-mana undang-undang bertulis dan bahawa ketidakpatuhan itu telah menyentuh keputusan pilihan raya
itu; - Akta 5.
Aku yakin keyword nya adalah "semunasabahnya telah menyentuh keputusan pilihan raya itu" maksudnya kalau ada rasuah pun tapi tak dianggap boleh mempengaruhi keputusan takkan dilayan.

Atau untuk lebih mudah faham, memang ada beli 1,000 undi contohnya tapi majoriti lebih dari 2,000 maknanya masih dianggap tak boleh mempengaruhi keputusan pasainya kalau 1,000 undi tu undi belah sana pun tetap jugak belah sini menang. Sefaham aku macam tu la.

Bernama juga melaporkan:
Dalam penghakiman lapan muka surat, hakim itu turut memutuskan bahawa aduan pempetisyen bahawa dakwat yang diguna pada jari pengundi pada pilihan raya umum berkenaan mudah dicuci tidak boleh dijadikan fakta bagi menyokong ketidakpatuhan mana-mana undang-undang bertulis.

"Tidak ada kaitan hubungan atau kaitan antara fakta yang dinyatakan dalam petisyen itu dengan peraturan yang dirujuk pempetisyen yang responden dikatakan gagal patuhi," katanya. - Ibid.
Yang ni yang paling menarik atau mungkin lebih tepat lagi paling CELAKA. Rupa-rupanya dakwat kekal tu memang sebenarnya takdak masalah pun nak kekal atau tak. Patut pun SPR rileks ja walaupun dakwat tu tak kekal pasai depa tentu maklum yang kalau tak kekal pun memang takdak masalah apa-apa dari segi perundangan.

Tak ka BANGSAT lagi CELAKA punya SPR, buat peraturan dakwat kekal dan habiskan duit rakyat berpuluh juta tapi langsung takdak makna apa-apa dari segi perundangan.

Dakwat kekal SPR yang bangsat lagi celaka tu punya pasai Rusli Yasmin yang buat petisyen untuk parlimen Titiwangsa ni kena bayar RM70,000. Harap-harap ada yang tolong bayar la kalau tak masuk penjara la member aku ni.

Petisyen Parlimen Balik Pulau dan DUN Teluk Bahang pun kalah jugak dan pempetisyen kena bayar masing-masing RM120,000 dan RM20,000.

Apa pun, macam yang aku pernah tulis sebelum ni, percayalah yang petisyen pilihanraya takkan ubah keputusan PRU13, tak payah nak berangan la. Lagi elok mula dah cari sumber dana nak bayar kos kalah petisyen yang berpuluh ribu tu dari berangan nak dapat rampas balik Perak contohnya.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...