Akibat bagi rasuah petrol yang harga paling tinggi pun mungkin lebih sikit sepuluh ringgit berjaya menenggelamkan rasuah Umno BN yang bernilai ratusan juta ringgit.
Harakahdaily melaporkan:
Nasruddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh menafikan aktiviti mengagihkan minyak petrol percuma tersebut berbentuk rasuah kerana diberikan kepada semua rakyat.
Katanya, Pemuda PAS mempromosikan konsep tersebut melalui aktiviti simbolik dengan memberikan petrol percuma kepada semua penunggang motosikal. - Hrkh.
Harakahdaily juga melaporkan:
“Ini bukan rasuah, sebab apa yang kita (Pemuda) lakukan pada hari ini satu daripada simbolik. Kita (PAS) tidak memaksa atau membuat suatu pertaruhan jika mereka (rakyat) hendak minyak mereka kena undi kami, tidak.Aku dah syarahkan isu petrol percuma ni semalam, pagi ni aku sambung sikit lagi syarah aku bila terbaca laporan Harakahdaily macam kat atas tu.
“Kita ‘open’, kita (PAS) terbuka malah ada yang kita lihat tadi penunggang motosikal yang memakai baju Barisan Nasional juga datang mengisi minyak percuma yang ditaja oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia.
“Sebab ini adalah aktiviti terbuka, aktiviti umum. Ini mempromosikan konsep kebajikan yang dicanangkan oleh PAS selama ini,” jelasnya. - Ibid.
Aku dok ingat kut-kut akan keluar ayat Quran atau pun Hadith Saheh untuk menghalalkan 'aksi bangang' DPPM ni, sebaliknya Ust Din Tantawi cuma guna alasan 'mempromosi konsep kebajikan'.
Memang tak dinafikan aksi macam tu tak jauh bezanya pun kalau nak dibandingkan dengan aksi bagi buah kurma dan bubur lambuk untuk pengundi di Kuala Besut berbuka puasa.
Malah tak banyak sangat kut bezanya dengan aksi bagi servis motor percuma dan jugak bagi 'buah tangan' masa pi ziarah rumah ke rumah.
Cumanya aksi bagi petrol percuma tu nampak obvious sangat, tambah-tambah bila dihadkan kepada yang berumur 21 tahun ke atas sahaja.
Bab bagi petrol percuma tu rasuah pilihanraya ka dak secara legalnya bergantung kepada mahkamah pilihanraya untuk putuskan, itu pun kalau Umno BN kalah PRK Kuala Besut ni dan bangang sangat sampai sanggup buat petisyen atas alasan ni.
Bab secara hakikatnya bagi petrol percuma tu dikira rasuah atau pun tidak kita kena tunggu neraca di padang mahsyar la kut. Pasainya kat dunia ni kalau nak cari 'dalil' kata rasuah pun ada dan kalau nak cari 'dalil' kata bukan rasuah pun ada.
Tapi yang aku tak puas hatinya, akibat aksi bangang ni semua kempen jentera PAS yang melibatkan isu 'rasuah pilihanraya' nampak dah tak relevan. Akibat bagi rasuah petrol yang harga paling tinggi pun mungkin lebih sikit sepuluh ringgit berjaya menenggelamkan rasuah Umno BN yang bernilai ratusan juta ringgit.
Pasainya cukup mudah untuk jentera Umno BN terapkan persepsi kepada pengundi yang aksi bagi petrol tu adalah rasuah dan jentera PAS dsan PR di Kuala Besut memang takdak masa untuk hapuskan persepsi tu.
Lagi pun, untuk kempen pilihanraya bukan penting sangat kut apa yang kita faham tapi yang penting adalah apa yang pengundi faham yang akan depa terjemahkan di kertas undi.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis