SPR larang pasang tetunggil pulak dah... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Julai 12, 2013

SPR larang pasang tetunggil pulak dah...

PR buat jet pejuang 'tanpa injin' BN pun buat jet jugak, PR buat kapal selam 'altantuya' BN pun buat kapal selam jugak. Bila BN sedar keBANGANGan depa baru depa terpikir buat replika seluar dalam 'stopa' yang pada aku satu-satunya replika yang ada makna yang aku jumpa masa PRU13 dulu.

Malaysiakini melaporkan:
Parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut tidak dibenar memasang sebarang replika sepanjang tempoh berkempen, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Beliau berkata larangan julung kali itu dibuat SPR bagi memastikan kempen PRK Kuala Besut berjalan dalam keadaan aman, harmoni serta lancar terutama semasa Ramadan tanpa sebarang sindir menyindir kepada mana-mana pihak. - Mkini.   
Calon untuk kedua-dua pihak dah pun diumumkan, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman sebagai calon BN dan Endot@Azlan Yusof sebagai calon dari Pakatan Rakyat. Cuma yang belum pasti lagi berapa orang calon bebas kalau ada.

Pagi ni akan berlangsung proses penamaan calon untuk PRK N01 Kuala Besut yang menandakan bermulanya secara rasmi masa kempen yang akan berjalan sampai tengahmalam 23 Julai 2013.

Larangan pasang bahan kempen berbentuk replika ni satu peraturan baru yang SPR buat yang tentu punya pasai dah ada kajian yang menunjukkan pemasangan replika masa PRU13 dulu menguntungkan Pakatan Rakyat yang mendedahkan isu kebobrokan Umno BN melalui replika berbanding Umno BN yang buat replika yang kebanyakkannya hanya untuk suka-suka.

PR buat jet pejuang 'tanpa injin' BN pun buat jet jugak, PR buat kapal selam 'altantuya' BN pun buat kapal selam jugak.

Bila BN sedar kebangangan depa baru depa terpikir buat replika seluar dalam 'stopa' yang pada aku satu-satunya replika yang ada makna yang aku jumpa masa PRU13 dulu.

Juga dilaporkan:
Wan Ahmad berkata pemasangan sebarang bentuk replika sebagai bahan kempen yang bertujuan menarik minat dan menghantar mesej kepada pengundi serta menyindir pihak lawan adalah menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Dalam akta itu disebut dengan jelas kempen ada pelbagai jenis misalnya sebar risalah, pasang poster dan menyediakan tetunggil iaitu replika. - Ibid.
Patutnya Timbalan Pengerusi SPR ni sebut la seksyen mana dalam akta tu yang kata menyindir pihak lawan tu salah. Pasainya bila aku 'search' dalam Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, langsung takdak satu pun perkataan sindir atau menyindir dalam akta tu.

Taktau la pulak kalau aku terlepas pandang, kalau ada tolong bagitau kat aku kat seksyen mana dalam akta tu. Perkataan tetunggil pun aku tak jumpa jugak.



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...