MCA dan MIC tak setuju RRU Pentadbiran Agama Islam 2013, apa komen Umno? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Jun 30, 2013

MCA dan MIC tak setuju RRU Pentadbiran Agama Islam 2013, apa komen Umno?

Sepatutnya senang-senang RUU ni boleh lulus, tapi taktau la pulak. Pasainya belum tentu lagi wakil rakyat dari PAS dan wakil rakyat Islam dari PKR akan sokong RUU ni. 

Malaysiakini melaporkan:
MCA menyelar pembentangan secara "diam-diam" undang-undang pentadbiran Islam Wilayah Persekutuan berkaitan penukaran agama anak sebagai "mengejutkan" kerana ia didakwa menceroboh hak bukan Islam.

"Saya terkejut apabila difahamkan kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 kerana ia mengandungi peruntukan kontroversi yang menjejaskan perlembagaan dan hak beragama bukan Islam. - Mkini.  
Malaysiakini juga melaporakan:
MIC hari ini senada dengan rakan BN-nya MCA apabila meluahkan perasaan terkejutnya terhadap rang undang-undan berkaitan penukaran agama kanak-kanak.

Bendahari MIC Kebangsaan Jaspal Singh berkata, perkara itu tidak dapat diterima dan mereka tidak dibawa berunding berhubung perkara itu.

"(Pindaan) ini paling berbahaya, subversif dan klausa antiperlembagaan entah bagaimanapun dimasukkan dalam rang undang-undang.

"Jelas sekali tiada perunding-perunding dengan pihak berkaitan, jika tidak kita akan akan ketengahkan ketidakadilan dalam klausa berkaitan," katanya dala m kenyataan hari ini. - Mkini.
Nampaknya MCA dan MIC tolak Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 yang akan gantikan Akta 505 tu.

Setakat ni aku tak jumpa lagi komen Ust Jamil Khair, Menteri yang bentang RRU ni di parlimen kemarin dulu.

Menarik jugak nak tengok adakah wakil rakyat MCA dan MIC akan sokong atau tidak RUU ni. Juga apa pendirian wakil BN dari Sabah dan Sarawak yang bukan Islam. Juga apa komen wakil dari DAP dan PKR.

Kalau takat wakil dari Umno saja yang undi sokong memang RRU ni tak boleh lulus pasai wakil Umno cuma ada 88 orang dalam parlimen. Kalau campur undi wakil PAS pun baru ada 109 undi, nak kena ada lagi 3 kerusi untuk dapat sokongan majoriti mudah.

Kalau ikut pecahan ikut agama, wakil rakyat Islam ada 137 (101 BN dan 36 orang PR) orang berbanding 85 orang bukan Islam (32 BN dan 53 PR). Sepatutnya senang-senang RUU ni boleh lulus, tapi taktau la pulak.

Pasainya belum tentu lagi wakil rakyat dari PAS dan wakil rakyat Islam dari PKR akan sokong RUU ni. Kita tunggu perkembangan selanjutnya dan masa mengundi belah bahagi untuk RUU ni nanti.

Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...