Apa pun, seronok kalau jadi Che Long menang, kita mungin boleh tengok satu situasi baru dalam sejarah politik negara hasil dari kebangsatan SPR yang buat kerja bangang ujudkan jumlah genap untuk Dun negeri Terengganu.
Apa relevannya strategi kempen 16-16 yang PAS guna untuk PRK Kuala Besut ni? Macam yang aku ada ulas sebelum ni, aku tak nampak kempen 16-16 ni boleh tarik minat pengundi di Kuala Besut terutama sekali dalam realiti keadaan di Kuala Besut dan ditambah lagi dengan sogokkan yang bernilai beratus juta ringgit.
Tamhah-tambah dalam keadaan semua orang yakin yang kalaupun PAS menang PRK Kuala Besut menjadikan kedudukan 16-16 tentu punya Umno BN tetap akan perintah Terengganu. Tentu depa dah fikirkan dan dah bersedia dengan kaedah dan perancangan jitu untuk itu.
Cumanya tak mustahil kalau jadi kedudukan 16-16 tu, akan ujud kerajaan campuran macam yang dibayangkan oleh Husam.
Sinarharian melaporkan:
Kerajaan Terengganu akan kekal di bawah pemerintahan BN jika Pas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut 24 Julai ini, sekali gus menyaksikan kedudukan seri dalam Dun negeri berkenaan.Aku sebenarnya malas nak fikir pasai benda yang pada aku hampir mustahil akan berlaku walaupun memang tak mustahil.
Sehubungan itu, BN tidak perlu bimbang atau khuatir akan berlaku kekecohan serta pentadbiran tergantung seperti mana disuarakan pemimpin mereka, sebaliknya ‘kemasukan’ Pas dalam pentadbiran Kerajaan Terengganu adalah untuk memastikan setiap keputusan utamakan kebajikan rakyat. - Sinarharian.
Jadinya lagi elok aku kopipes kat sini apa relevannya kedudukan 16-16 tu dari persepsi Dr. Dzulkifli, bekas Ahli Parlimen PAS yang terlibat dalam tink-tank jentera PAS untuk PRK Kuala Besut macam yang dilaporkan Harakahdaily:
Apa pun, seronok kalau jadi kedudukan 16-16 tu, kita mungin boleh tengok satu situasi baru dalam sejarah politik negara hasil dari kebangsatan SPR yang buat kerja bangang ujudkan jumlah genap untuk Dun negeri Terengganu.
- Memberikan isyarat yang tajam dan peringatan keras kpada penguasa dan pemimpin politik Umno bahawa kepentingan rakyat di Kuala Besut khususnya dan Besut serta Terengganu amnya, tidak boleh lagi di ambil ringan. Kedudukan kemiskinan dan Kuala Besut serta ranking Terengganu sebagai negeri termiskin mesti ditamatkan dengan keputusan 16-16 dalam PRK ini.
- ‘Agenda 16-16’ adalah gagasan membangunkan Kuala Besut khasnya dan Terengganu amnya! Ia adalah semacam ‘manifesto’ PAS dalam PRK ini untuk mewujudkan ‘Pembangunan Mapan’ dan ‘Keadilan Untuk Rakyat Terengganu’ sekaligus membenteras kezaliman serta peminggiran rakyat dalam arus pembangunan serta pembolotan kekayaan oleh penguasa politik.
- Lebih terperinci 16-16 memberikan amaran kepada pemimpin Umno bahawa Kuala Besut jangan lagi tercicir dan terpinggir dari arus pembangunan berbanding dun-dun dalam kawasan Besut itu sendiri. 16-16 akan mempastikan pembangunan seimbang akan dicapai dan setaraf dengan Jerteh dan Kota Putera. Kuala Besut bakal menjadi Bandar lestari.
- Memperbaikki sistem perairan-empangan di Kuala Besut seumpama di alami petani sawah di Kampong Nangka, Kampung Baru, Gong Manok dan Kampong Tok Saboh dengan mendayakan kelompok ini dengan infrastruktur perairan-empangan sekaligus menebus guna 1000 ekar tanah terbiar. 16-16 akan mengizinkan penanaman padi dua kali setahun dapat diusahakan bagi meningkatkan pendapatan petani.
- Memajukan Kuala Besut sebagai kawasan pelancongan yang berdaya maju dan menarik dengan menaikkan taraf jeti Kuala Besut untuk menarik lebih ramai pelancong untuk ke Pulau Perhentian kecil dan Perhentian besar. Pastikan RM250 juta yang dijanji oleh TPM segera di bayar dan perancangan yang lebih mapan perlu disusun dan dilaksanakan.
- 16-16 akan mempastikan rakyat khasnya kelompok nelayan yang memerlukan akan diberikan tanah untuk kediaman dan menangani aspek gejala sosial khususnya di kalangan muda-mudi. Pendidikan dan persoalan kerjaya mereka ditangani secara berkesan. 16-16 tidak akan mengizinkan tanah tanah berharga seperti dipesisir pantai dan di pulau-pulau pelancongan di’anugerahkan’ kepada wakil-wakil rakyat seperti amalan lama sementara rakyat ternafi.
- 16-16 akan dapat menjadikan Dewan Undangan Negeri sebagai pentas semak-imbang paling berkesan dalam perbelanjaan RM1.8 bilion wang ihsan dan dana khas dalam perbelanjaan ybajet negeri (RM2 bilion) yang akan dipertanggungjawabkan secara telus.
- 16-16 akan menuntut ruang pekerjaan kepada pelbagai pihak khususnya golongan muda dan wanita untuk dimajukan dalam pelbagai sektor pekerjaan khasnya mengambil berteraskan pelancongan.
- Secara kesimpulannya 16-16 akan memberikan ruang untuk persaingan lebih sihat dan sengit di dewan undangan negeri dalam memajukan sebuah pelan pembangunan untuk negeri Terengganu amnya dan daerah Kuala Besut khasnya. - Hrkh.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis