Isu Seksyen 9A sebenarnya cuma perkara sampingan... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Julai 20, 2013

Isu Seksyen 9A sebenarnya cuma perkara sampingan...

Masalahnya sekarang ni, selagi pihak Istana Negara masih duduk di bawah telunjuk Perdana Menteri selagi itulah benda ni takkan selesai.


mStar melaporkan:
Seksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2002) yang melarang campur tangan mahkamah ke atas daftar pemilih yang digazetkan tidak boleh digugurkan bagi melancarkan proses pilihan raya.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, jika peruntukan bagi seksyen itu digugurkan, suruhanjaya itu akan berhadapan dengan masalah untuk melaksanakan sesuatu pilihan raya mengikut Perlembagaan Persekutuan. - mStar.  
Dari segi semangatnya nampak macam betul apa yang Timbalan Pengerusi SPR ni kata. Kalau Daftar Pemilih sentiasa dicabar di mahkamah memang payah la SPR nak guna daftar mana.

Cuma masalahnya sekarng ni, SPR yang memang dah terbukti selama ni selalu sangat beraksi ala 'si anjing Umno' ni gunakan kelebihan yang Seksyen 9A ni bagi kepada SPR untuk manipulasi Daftar Pemilih bagi kelebihan kepada Umno BN untuk menang dalam pilihanraya Umum.

Untuk bagi nampak SPR macam betul-betul buat kerja, setiap kali sebelum pilihanraya terutama sekali pilihakraya kecil, SPR akan 'bersihkan' daftar pemilih dengan buang nama-nama orang yang baru mati dari Daftar Pemilih.

mStar melaporkan:
uruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan 50 nama pengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut daripada senarai daftar pemilih bermula selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) sehingga tarikh kekosongan kerusi DUN itu dimaklumkan kepada SPR. - mStar.
Yang mushkilnya pasai apa SPR kalut nak buang nama-nama tu, sepatutnya SPR buang nama-nama tu guna kaedah biasa, buang masa proses nak sahkan Rang Daftar Pemilih Tambahan yang dibuat setiap 3 bulan sekali tu.

Pada aku tindakan tu SPR  buat semata-mata nak tunjukkan yang kononnya SPR betul-betul bersungguh nak bersihkan Daftar Pemilih. Tapi realitinya aku yakin cukup banyak nama-nama yang meragukan yang tak sepatutnya ada dalam Daftar Pemilih tapi SPR buat-buat tak nampak.

Pasai tu aku dari awal lagi mengharapkan Daftar Pemilih yang sedia ada dibatalkan dan dibuat Daftar Pemilih yang baru dimana setiap warganegara yang berumur 21 tahun secara automatik menjadi pengundi di sesuatu kawasan pilihanraya tempat dia tinggal.

Walaupun macam tu, aku tak berapa yakin jugak yang Daftar Pemilih yang baru tu akan betul-betul 'bersih' dari penipuan pasainya yang bertanggungjawab menguruskan Daftar Pemilih tu tetap jugak SPR yang sama, SPR yang TIDAK MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM.

Pasai tu, isu macam Seksyen 9A ni cuma perkara sampingan, perkara yang paling perlu sekarang ni adalah untuk kita ada SPR yang betul-betul MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM.

Kalau kita ada SPR yang betul-betul MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM tak mungkin timbul langsung ada pihak yang nak mencabar Daftar Pemilih di mahkamah.

Untuk kita ada SPR yang betul-betul MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM, takdak cara lain melainkan anggota SPR yang ada sekarang ni perlu dipecat dan digantikan dengan individu lain yang betul-betul bebas dan berkecuali yang diakui dan diterima oleh kedua-dua pihak, pihak kerajaan dan jugak pihak pembangkang.

Dalam hal ni sepatutnya pihak Istana Negara kena mainkan peranan dan gunakan kuasa dan tanggungjawab sebagai pihak yang berkuasa dan bertanggungjawab melantik anggota SPR.

Masalahnya sekarang ni, selagi pihak Istana Negara masih duduk di bawah telunjuk Perdana Menteri selagi itulah benda ni takkan selesai.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...