Sistem PFI UiTM bukti duit PTPTN untuk mengenyangkan kroni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Julai 21, 2013

Sistem PFI UiTM bukti duit PTPTN untuk mengenyangkan kroni?

Masalah student boleh atau tidak bayar pinjaman PTPTN tu cerita lain tapi duit dari PTPTN itulah yang puak-puak kroni ni kaut masuk poket depa melalui kontrak sewa yang dah la gila-babi punya mahal, sampai 23 tahun pulak tu.  


Aku tak berapa maklum sangat pasai Private-Finance Initiative (PFI) ni, tapi persepsinya tentu punya tak lari dari rasuah dan kroni.

Macam yang Yong tulis dalam blog dia:
Menurut Rafizi, jika diambil contoh, Kampus Tapah.

Sewa tahunan: RM57,000,000.00 (RM57 juta).
Jika membayar sewa selama 23 tahun, jumlah bayaran balik ialah: RM57,000,000.00 x 23 = RM1,311,000,000 (RM1.3 billions).
Jika 6 kampus menggunakan kaedah yang sama, jumlah bayaran balik ialah: RM1,311,000,000.00 x 6 = RM7,866,000,000.00 (RM7.7 billions).

Harus diingat, kos pembinaan kampus UiTM Tapah ialah RM285,000,000.00 (RM285 juta) sahaja. - YongSukaKuning
Kalau tengok ke angka-angka tu memang nampak jelas syarikat yang berkenaan memang kenyang gila babi. Kalau dibuat kiraan cara mudah, dengan modal cuma RM285juta tapi boleh dapat balik RM1.3billion. Untung 1.015billion atau 393.4%. Boleh dapat balik modal dalam 5 tahun, lagi 18tahun kerja kutip untung.

Yang dapat kontrak runding terus tu tentu langsung tak takut pasainya UiTM tentu boleh bayar punya sewa tu pasainya student takdak masalah nak bayar pasai semua pelajar dapat pinjaman PTPTN.

Masalah student boleh atau tidak bayar pinjaman PTPTN tu cerita lain tapi duit dari PTPTN itulah yang puak-puak kroni ni kaut masuk poket depa melalui kontrak sewa yang dah la gila-babi punya mahal, sampai 23 tahun pulak tu.

Dan tentunya kalau agak-agak UiTM tak cukup duit nak bayar sewa tu takdak masalah kut untuk UiTM naikkan pulak yuran student dan PTPTN pun tentu kena naikkan pulak pinjaman kepada student yang nak mengaji di UiTM.

Ulasan dan pengiraan keuntungan seterusnya syarikat kroni PFI ni boleh baca di blog yongsukakuning.blogspot.com yang turut ada petikan video perbahasan YB Rafizi dalam parlimen yang membelasah amalan perbelanjaan kerajaan termasuk isu PFI ni yang dibagi secara runding terus termasuk kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Rahman.

Cumanya aku tak berapa yakin isu ekonomi macam ni akan boleh mempengaruhi PRK Kuala Besut kecuali kalau macam kata TG Hj Hadi, pengundi di Kuala Besut celik IT pasai isu macam ni tentu punya tak masuk dalam media arus perdana macam TV3 dan Utusan yang masih lagi setia beraksi macam 'si anjing Umno'.

Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...