UG antara Umno dan PKR anjuran Anwar pulak? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Jun 01, 2013

UG antara Umno dan PKR anjuran Anwar pulak?

Oleh: Abu Ammar

Gila jawatan... Perkataan ini adalah paling sesuai untuk menggambarkan sikap terlalu obses Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI). PRU-13 adalah pertempuran all-out DSAI bagi mencapai cita-cita tinggi beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-enam.

Begitu juga para pengikutnya dalam PKR, sangat teruja dengan gelombang politik DSAI dan berharap mendapat tempat dalam kerajaan baru yang bakal dibentuk. Tidak ketinggalan bagi para pengikutnya dalam gelap dari kalangan pemimpin-pemimpin PAS yang pro beliau menanti-nantikan jawatan penting dalam kabinet DSAI yang bakal dibentuk.
Tidak hairanlah pertemuan demi pertemuan antara DSAI dan Dato' Seri Najib Tun Razak (NAJIB) dirancang dalam gelap. DSAI yang begitu yakin kemenangannya pada PRU-13, terlalu ingin memastikan Barisan Nasional (BN) tidak menghalang DSAI menjadi Perdana Menteri. Justeru, DSAI beberapa kali memujuk NAJIB menandatangani perjanjian agar bersedia berundur diri. Pertemuan ini bukan sahaja melalui mantan Naib Presiden Indonesia Jusof Kalla tetapi melalui pemimpin tertinggi sebuah negara Timur Tengah.

Namun, PRU-13 sekali lagi mencatat sejarah kekalahan DSAI mencapai impiannya. DSAI dan para pendokongnya semuanya sekali tergamam kekalahan ini. Rentak bersemangat memegang tampok kerajaan dan jawatan menjadi hampa. Segala keringat telah disalurkan. Persoalan yang timbul di minda, adakah kesempatan ini dapat berulang kembali pada PRU-14 pula atau setakat ini sahaja yang mereka mampu?

Sekali lagi isu pertemuan gelap DSAI dan pro-Anwar dengan pemimpin BN dirancang oleh DSAI melalui Jusof Kalla dan pemimpin tertinggi Arab. Tentu sahaja isi kandungan selepas PRU-13 tidak sama dengan sebelumnya. Selepas PRU-13, rancangan DSAI memujuk NAJIB agar dapat membentuk kerajaan perpaduan (UG) yang ditaja oleh DSAI sendiri.

Berita ini paling sensasi. Hangat kerana ditimbulkan oleh Jusof Kalla. Pertemuan ini membabitkan DSAI dan NAJIB. Tetapi Jusof Kalla menolak pertemuan ini kerana perjanjian bertulis dahulu tidak ditepati oleh DSAI. Begitu juga NAJIB menolak kerana NAJIB tidak mahu bantuan DSAI. NAJIB hanya mahu bantuan PAS.

Geram dengan kegagalan ini, DSAI sekali lagi mengatur pertemuan gelap melalui Amir (ketua) dari negara Arab yang mampu menggerakkan idea dan pandangan menghalalkan DSAI menjayakan UG. Amir tersebut diminta menggunakan para ulama tersohor agar UMNO dan PKR bersatu demi kesatuan Islam. Mungkin juga sokongan Prof Dr Yusof al-Qardhawi akan digunakan lagi. Melalui idea kesatuan inilah, UG yang dipelopor oleh DSAI dapat direalisasikan.

Namun, sekali lagi NAJIB menolak tawaran DSAI. Walaupun DSAI menjanjikan bahawa pengikut-pengikutnya dari PAS yang pro-Anwar akan mengikutnya. NAJIB menolak tawaran pakej DSAI ini lalu menghantar menterinya Jamil Khir berbincang dengan PAS di Kelantan agar PAS bersama UMNO.

PAS pula berpendirian teguh dan menegaskan kepada NAJIB bahawa PAS hendak menjadi pembangkang yang kuat meskipun pro-Anwar akan meninggalkan partinya. PAS bertegas walaupun sebahagian besar ahlinya melompat parti ke PKR sekalipun, PAS berpendirian memperkasakan agenda Islam walaupun pengikutnya hanya tinggal para ulama dan profesional yang memberi wala' kepada kepimpinan ulama sahaja.

Inilah perjuangan PAS bukan berebut kuasa dan jawatan di dunia. Andainya ada pemimpin PAS yang cenderung menghina dan memburukkan presidennya dan kepimpinan ulama, PAS rela membiarkan mereka melayari bahtera bersama DSAI mahupun bersama BN.

Sumber: Blog Selamatkan PAS
posted from Bloggeroid

Nota kaki makan cekam:  Tanpa Hahaha... hahaha... hahaha...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...