Hujjah aku yang paling kuat pasai apa aku berani kata Ketua Polis Negara ni bangang pasai sebenarnya ada kaedah penyelesaian lain yang tentu punya berkesan untuk tangani bukan saja jenayah jalanan tapi semua jenis jenayah.
Malaysiakini melaporkan:
Pihak polis akan mencadangkan kepada kerajaan persekutuan supaya mewujudkan zon tanpa motosikal di bandar-bandar besar dalam usaha untuk memerangi jenayah.
Dalam temu-bual dengan Astro Awani semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ini adalah antara beberapa langkah "drastik" yang dicadangkan untuk menangani masalah tersebut.
Menurutnya, 90 peratus jenayah jalanan dilakukan oleh penjenayah bermotosikal. - Mkini.
Pertama, taktau la pulak kalau ada yang rasa cadangan Ketua Polis Negara yang baru dilantik ni satu cadangan yang bernas. Kalau ada yang rasa cadangan ni cadangan yang bernas apa kata kalau hangpa cuba jadi orang yang akan terasa kesan yang cukup besar dari cadangan bangang ni.
Maksud aku, try jadi macam orang yang sebagai contoh kerja sebagai despatch yang sewa rumah dekat Bukit Beruntung tapi opis tempat kerja di kawasan akan digelar sebagai "zon selamat" tu.
Aku tak pasti kalau ada mat despatch yang mampu pergi balik naik kereta setiap hari dari Bukit Beruntung ke tengah-tengah Kuala Lumpur. Bukan nak kata mat despatch, cikgu yang baru setahun dua kerja pun tak mampu nak buat macam tu.
Kedua, aku nampak macam Ketua Polis Negara yang baru ni macam nak senang kerja dia ja. Memang aku tak nafikan kalau berjalan cadangan dia ni, ada kemungkinan besar kadar jenayah mungkin akan turun, sekurang-kurangnya dalam jangka masa pendek.
Tapi dalam jangka masa panjang aku yakin para penjenayah yang sebelum tu bermotosikal tentu punya akan tukar modus operandi depa, mungkin akan gunakan basikal pulak kalau basikal jadi trend pulak masa tu.
Ketiga, isu yang paling penting sekali, adakah sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur tu dah cukup cekap dan 'mampu guna' untuk melarang penggunaan motosikal.
Yang keempat, hujjah aku yang paling kuat pasai apa aku berani kata Ketua Polis Negara ni bangang pasai sebenarnya ada kaedah penyelesaian lain yang tentu punya berkesan untuk tangani bukan saja jenayah jalanan tapi semua jenis jenayah, tak lain tak bukan dengan menguatkuasakan undang-undang hudud.
Isunya sekarang, walaupun Khalid Abu Bakar Ketua Polis Negara yang baru tu tentu punya mengaku beragama Islam tapi aku tak rasa dia yakin tanpa syak sikit pun yang hukum hudud adalah jalan penyelesaian kepada masalah yang dia pening nak selesaikan tu.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis