Pasai apa pulak Salahuddin kena Seksyen 143 Kanun Keseksaan? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Jun 07, 2013

Pasai apa pulak Salahuddin kena Seksyen 143 Kanun Keseksaan?

Pasai apa tak sama macam depa yang ditahan atau diminta lapor diri sebelum ni macam Adam Adli, Tian Chua, Haris Ibrahim. Tamrin Ghafar, Safwan Anang Hishamuddin Rais dan Che'guBad.

Harakahdaily melaporkan:
Selepas beberapa orang dikenakan tindakan di bawah akta Hasutan, kini Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) pula dikehendaki oleh pihak polis.

"Saya dikehendaki hadir ke balai polis Kepong esok (Jumaat) di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan," kata beliau.

Seksyen 143 Kanun Keseksaan biasanya digunakan bagi tuduhan menyertai apa yang dianggap oleh pihak kerajaan dan polis sebagai perhimpunan haram.

Salahuddin bagaimanpun tidak jelas perhimpunan mana yang dirujuk oleh pihak polis. - Harakahdaily.   
Kalau ikut ayatnya Seksyen 143 Kanun Kesiksaan atau dalam bahasa inggerisnya Act 574 Section 143 Penal Code

Maksudnya Salahuddin dituduh menghadiri penghimpunan haram yang kalau sabit kesalahan boleh dihukum sehingga 6 bulan pernjara atau denda atau keduanya.

Harakahdaily juga melaporkan:
Seksyen 143 Kanun Keseksaan biasanya digunakan bagi tuduhan menyertai apa yang dianggap oleh pihak kerajaan dan polis sebagai perhimpunan haram.

Salahuddin bagaimanpun tidak jelas perhimpunan mana yang dirujuk oleh pihak polis. - Ibid.
Yang aku mushkilnya pasai apa pulak Salahuddin kena bawah seksyen 143 Kanun Keseksaan pulak. Pasai apa tak sama macam depa yang ditahan atau diminta lapor diri sebelum ni macam Adam Adli, Tian Chua, Haris Ibrahim. Tamrin Ghafar, Safwan Anang Hishamuddin Rais dan Che'guBad.

Che'guBad sebelum ni mengaku tak bersalah bila dituduh melakukan kesalahan tersebut di Padang Timur Amcorp Mall, Petaling Jaya 25 Mei lalu di bawah 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Sebelum tu yang paling awal sekali, Adam Adli dituduh di bawah Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4 Akta Hasutan.

Lepas tu Tian Chua, Haris Ibrahim dan Tamrin Ghafar ditahan di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 sebelum dibebaskan hakim yang menolak permohonan reman. Tak lama selepas tu depa bertiga ditahan sekali lagi, pun dibawah akta yang sama.

Safwan Anang pun sama dituduh dibawah Akta Hasutan dan dia pilih untuk tak dijamin tapi hanya sempat duduk dipenjara beberapa hari sebelum bersedia dijamin. Hishamuddin Rais pun sama dituduh di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan.

Pasai apa pulak Salahuddin Ayub diminta lapor diri di balai tu di bawah undang-undang yang lain, Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

Takkan kut pasai polis tak tahan kena perli pasai gunakan Akta Hasutan yang Najib janji nak hapuskan dan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional sejak bulan Julai tahun 2012 lagi.

Ataupun Umno BN melalui kuasa polis dan mahkaman memang saja-saja guna akta Kanun Kesiksaan pasai nak bagi orang ramai lebih gerun. Pasai kalau ikut nama tentu Kanun Keseksan lebih dahsyat dari ASkta Hasutan.

Harakahdaily juga melaporkan:
"Taktik ugutan sebegini tidak akan berjaya dan rakyat tidak boleh ditakut-takutkan," katanya. - Ibid.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...