Ust Harun Taib ni dah jadi Mursyidul Am PAS ka? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Jun 06, 2013

Ust Harun Taib ni dah jadi Mursyidul Am PAS ka?

Takkan kut dia rasa dia Mursyidul Am PAS, tapi kalau Mursyidul Am PAS sekali pun aku tak rasa ada kuasa eksekutif boleh cakap macam tu tambahan pulak Cikgu PA sebagai Setiausaha Agung dah buat satu tindakan yang berlawanan lebih awal lagi.

Malaysiakini melaporkan:
Perbezaan dalaman PAS berhubung himpunan 'Black 505' anjuran Pakatan Rakyat terus menghantui parti itu apabila Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengulangi bahawa parti itu tidak secara sukarela menganjur atau mengambil bahagian dalam perhimpunan itu kerana telah menerima keputusan pilihan raya umum ke-13.

Bagaimanapun, Harun memberitahu akhbar China Press bahawa PAS tidak akan menghalang PKR menganjurkan perhimpunan protes atau mengarahkan ahli parti itu supaya tidak menyertainya. - Mkini.   
Aku harap statement Ust Harun Taib ni takdak kaitan dengan pemilihan pucuk pimpinan PAS yang akan diadakan pada hujung tahun ini.

Malaysiakini juga melaporkan:
Beliau mengulas pengumuman Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh parlimen DAP Lim Kit Siang, dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali pada Isnin bahawa Pakatan akan menganjurkan 'Black 505' pada 15 Jun bagi membantah penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya lalu.

Laporan itu memetik Harun sebagai berkata beliau tetap berpegang dengan pendiriannya bahawa PAS tidak akan menyertai himpunan seperti itu kerana parti itu telah menerima keputusan pilihan raya dengan hati terbuka.

Katanya, Dewan itu tidak akan menyertai perhimpunan tersebut 15 Jun ini, sebaliknya memberi fokus kepada persiapan pilihan raya umum akan datang. - Ibid.
Mushkil sungguh aku, bila pulak PAS ada buat pendirian yang PAS menerima keputusan pilihanraya dengan hati terbuka?

Kalau "Terimalah keputusan ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran." memang ada TG Hj Hadi Presiden PAS ada dilaporkan kata.

Cumanya ada yang syarahkan kata-kata TG Presiden tu bukan dengan maksud terima penipuan yang Umno BN buat dengan kerjasama SPR masa PRU13, tapi lebih kepada untuk tenteramkan hati orang PAS Terengganu pasai kegagalan PAS rampas semula negeri tu.

Pasai tu PAS sendiri buat banyak petisyen untuk PRU13 ni. Kalau terima dalam ertikata istilah terima, bukan takat larang ahli sertai perhimpunan macam tu, petisyen pun tak sepatutnya dibuat.

Kalau Ust Harun nak bercakap bagi pihak Dewan Ulama' mungkin boleh diterima pasai dia sebagai Ketua dan mungkin depa dah mesyuaratkan pasai perkara tu.

Tapi nak bercakap bagi pihak PAS sampai macam tu, dia sapa? Lain la kalau PAS Pusat dah mesyuarat dan bagi kuasa untuk dia sebagai jurucakap dalam bab ni. Ataupun Majlis Syura dah bermesyuarat pasai ni dan Majlis Syura bagi kuasa kat dia untuk bercakap macam tu.

Takkan kut dia rasa dia Mursyidul Am PAS, tapi kalau Mursyidul Am PAS sekali pun aku tak rasa ada kuasa eksekutif boleh cakap macam tu tambahan pulak Cikgu PA sebagai Setiausaha Agung dah buat satu tindakan yang berlawanan lebih awal lagi.

Kalau tindakan Setiausaha Agung tu tak betul sepatutnya Presiden yang kena betulkan ataupun Timbalan Presiden ataupun sekurang-kurangnya Naib Presiden yang tentunya dengan pengetahuan dan persetujuan Presiden.

Apa pun, itu laporan Malaysiakini yang melaporkan laporan China Press. Hara-harap dalam masa terdekat ni Harakahdialy boleh keluarkan satu laporan yang berautoriti pasai isu ni.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...