Patutnya Pakatan Rakyat berdemonstrasi depan Istana Negara bukannya Padang Merbuk? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Jun 07, 2013

Patutnya Pakatan Rakyat berdemonstrasi depan Istana Negara bukannya Padang Merbuk?

Pasai tu aku rasa yang paling tepat Pakatan Rakyat kena desak Agong untuk rombak balik SPR, pecat anggota SPR yang jelas sangat selama ni bermazhab Umno dan yang paling penting kena lantik individu yang boleh MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM.

Satu tulisan Ahmad Lutfi yang cukup menarik  dalam Harakahdaily yang membentangkan fakta pasai apa Wan Ahmad patut dipecat dari jadi anggota SPR.

Kesimpulannya Lutfi tulis:
Tekanan mesti ditingkatkan lagi, termasuk melalui rapat umum dan perarakan besar-besaran, sekurang-kurangnya dalam waktu terdekat agar tercapai hasrat untuk melantik anggota SPR yang baru, selaras dengan Perkara 114(2), bahawa Agong, "pada melantik ahli-ahli SPR hendaklah memandangkan kepada mustahaknya suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat KEPERCAYAAN AWAM".

Kesimpulannya, keanggotaan SPR yang tidak lagi mendapat KEPERCAYAAN AWAM ini mesti dirombak dan proses persempadanan semula harus ditangguhkan dahulu. - Hrkh.   
Dalam bab persempadanan semula tu Lutfi bagi contoh yang patut semua orang maklum dan faham
Menurut pengkaji pilihan raya, Dr Ong Kian Ming, yang juga Ahli Parlimen Serdang, pada 2003 itu, prinsip-prinsip seperti rural weightage -- di mana kawasan pedalaman, dengan jaringan pengangkutan yang lemah dan luas kawasannya, perlu mempunyai jumlah pengundi yang lebih kecil daripada kawasan bandar yang lebih tepu dan mudah dihubungi -- telah dilanggar dengan jelas oleh SPR, terutama di Kedah.

"Undi bukan Melayu dikeluarkan daripada kawasan selamat Alor Setar dan dimasukkan ke kawasan PAS, Kuala Kedah dan Pokok Sena. Pengundi bukan Melayu juga dikeluarkan dari kawasan kerusi selamat Bn di Merbok ke kerusi PAS di Jerai. Kawasan majoriti Umno-Bn di Padang Serai dipindahkan ke kerusi PAs di Baling," tegasnya.

Jadual 1: Perbedaan di kawasan jumlah pengundi antara kawasan bandar dan pedalaman di Kedah selepas persempadanan semula pada 2003

Kerusi ParlimenKeluasan (km2)Pengundi 2003Pengundi 2013
P8 Pokok Sena32064,19280,916
P9 Alor Setar10956,00780,916
P10 Kuala Kedah23273,94295,534
P16 Baling1,54473,94293,376
P17 Padang Serai35251,77874,245
- Ibid.
Macamana boleh Parlimen Baling kawasan paling hulu di Kedah ada pengundi lebih ramai dengan kawasan yang terlalu luas berbanding kawasan bandar macam Alor Setar dan separa bandar macam Padang Serai.

Cukup jelas sampai ambik Dun Kuala Ketil dari Parlimen Padang Serai masuk ke Baling yang mengakibatkan PAS kalah di Baling pada PRU2004 selepas menang pada PRU1999.

Takdak hujah lain yang lebih relevan melainkan ini semua bukti kerja SPR yang beraksi macam 'si anjing Umno' buat sempadan semata-mata untuk menguntungkan Umno BN.

Bila bercakap pasai anggota SPR perlu MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM macam yang dikehendaki Perkara 114(2) Perlembagaan Malaysia, aku rasa Pakatan Rakyat tersilap target.

Patutnya Pakatan Rakyat bukan desak SPR, tak guna desak depa pasai depa aku cukup yakin semuanya bermazhab Umno. Takkannya depa sanggup untuk 'mengkhianati' perjuangan Umno yang depa anuti.

Jugak tak berapa nak tepat kalau tekan Najib dan Umno pasainya macam yang Dr. Mahathir gelar, jenis parti syaitan ni takkan nak buat benda yang merugikan parti depa, syaitan peduli apa pasai nak berlaku adil atau nak telus, syurga neraka pun syaitan tak peduli.

Pasai tu aku rasa yang paling tepat Pakatan Rakyat kena desak Agong untuk rombak balik SPR, pecat anggota SPR yang jelas sangat selama ni bermazhab Umno dan yang paling penting kena lantik individu yang boleh MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM.

Mungkin dah sampai masanya Pakatan Rakyat patut buat demonstrasi di depan Intana Negara. Bukan aku nak menghasut tapi kalau betul-betul Pakatan Rakyat ikhlas nak berjuang uuntuk rakyat memang sepatutnya pemimpin Pakatan Rakyat saggup buat macam tu.

Takat berhimpun di Padang Merbuk desak supaya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR letak jawatan  tak jadi kut....

Cumanya, aku tak yakin pemimpin Pakatan Rakyat berani pasainya tentu punya Zahid Hamidi akan dakwa Pakatan Rakyat nak 'berperang' dengan Agong yang kalau sabit kesalahan hukumannya adalah mati, tak pasti pulak aku mati mandatori ka dak.

Bukan nak kata tapi aku pun tak berani, gila punya kerja kut sampai nak 'berperang' dengan Agong. Lain la kalau yang sanggup turun tu sama macam masa Himpunan Bersih dulu, boleh la aku selit-selit kat belah belakang... hahaha...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...