PRK Kuala Besut: walaupun jumlah Adun BN vs PR seri Ammad Said kekal MB? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Jun 27, 2013

PRK Kuala Besut: walaupun jumlah Adun BN vs PR seri Ammad Said kekal MB?

Apa kejadahnya sangkut paut Perdana Menteri dalam keadaan macam tu. Memang KANGKUNG betul la wakil Majlis Profesor Negara tu.

Sinarharian melaporkan:
Persoalan yang mula bermain di minda ramai pemerhati politik sekarang adalah situasi yang bakal terjadi di Terengganu, di mana jumlah Adun mewakili BN dan PR hampir sama.

Dengan pemergian Adun Kuala Besut dari BN, Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar semalam, maka BN hilang buat sementara satu kerusi dan ini menimbulkan sebarang kemungkinan dalam politik Terengganu dan pentadbiran negeri. - Sinarharian
Mula-mula sekali salam takziah untuk keluarga arwah Dr. Rahman, moga-moga semua kesalahan dan dosa dia terutama sekali sepanjang dia bersama dengan Umno BN diampun oleh Allah subhanahu wataala.

Yang kedua, aku mushkil macamana arwah Dr. Ramhan ni boleh jadi calon. Takkan kut dia pun taktau yang dia kena kenser paru-paru. Pasainya sebelum PRU13 dulu Umno BN riuh bagitau yang depa bukan saja tapis calon depa dengan SPRM tapi juga scan dengan doktor takmau ada calon yang ada sakit kronik.

Tapi tak payah mushkil la kut pasainya kalau betul-betul ikut tapisan hamnpir 100% pemimpin Umno Umno tak boleh jadi calon pasai ada kes rasuah. Kalau tak rasuah memang kompom depa tak boleh menang punya pemilihan dalam Umno.

Yang ketiganya, berbalik kepada tajuk, Sinarharian juga melaporkan:
Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, ditakdirkan BN dan PR mempunyai kerusi sama banyak nanti, kuasa untuk menentukan tampuk pentadbiran negeri terletak kepada sultan.

Berdasarkan Perlembagaan negeri, bagindalah yang akan menentukan wakil BN atau PR akan dilantik sebagai menteri besar.

“Kalau berlaku 16 BN 16 PR, yang mempunyai kuasa tentukan menteri besar adalah sultan. Sultan boleh melantik (menteri besar) yang difikirkan sesuai, berdasarkan pandangan baginda dan sokongan majoriti rakyat. - Ibid.
Betul la tu dan memang sepatutnya pun macam tu dan keywordnya adalah "sokongan majoriti rakyat", cuma yang celakanya bila disebut jugak:
Bagaimanapun, katanya, sultan akan mendapatkan nasihat dan pandangan perdana menteri dan pemimpin-pemimpin politik di Terengganu. - Ibid.
Apa kejadahnya sangkut paut Perdana Menteri dalam keadaan macam tu. Memang KANGKUNG betul la wakil Majlis Profesor Negara tu.

Tapi bila diambil kira politik demokrasi cara Malaysia yang penuh dengan salahguna kuasa dan rasuah, memang tak dinafikan Perdana Menteri memang ada 'kuasa penentu'.

Walaupun ramai ahli dan penyokong PAS kata Sultan Mizan rapat dan hormat Presiden PAS, TG Hj Hadi aku langsung tak percaya dia akan berani nak pilih Menteri Besar yang PAS cadang, tentu punya dia akan kekalkan Ahmad Said sebagai Menteri Besar.

Bahkan, kalau sultan Kelantan pun ada dalam situasi macam tu, aku sangat-sangat tak yakin yang dia pun akan berani membelakangkan kemahhuan Perdana Menteri.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...