Berita baik untuk Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Jun 26, 2013

Berita baik untuk Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin

Bukan nak kata dia akan menang mudah mempertahankan jawatan Ketua Pemuda Umno yang dia pegang tu tapi kalau Mukhriz lawan dia memang kompom la, bukan takat kalah tapi bakal kalah teruk.

Malaysiakini melaporkan:
Dr Mahathir Mohamad didakwa mengetengahkan anaknya Datuk Mukhriz sebagai naib presiden baru Umno dalam pemilihan parti tetapi beliau mungkin akan menghadapi tentangan daripada penyandangnya Datuk Seri Zahid Hamidi.

Anggota Parlimen Kluang daripada DAP Liew Chin Tong (kanan) berpandangan demikian ekoran Zahid menurutnya tidak pernah digemari bekas perdana menteri itu.

"Agak jelas bahawa Mahathir mahu Mukhriz untuk bertanding sebagai naib presiden, yang bermaksud seorang naib presiden sekarang akan tewas," katanya, merujuk Zahid sebagai mangsa berpotensi. - Mkini
Aku cukup setuju dengan pandangan YB Chin Tong ni. Dr. Mahathir tentu punya nak jolok anak dia yang sorang ni naik tangga haraki kepimpinan Umno.

Kalau sebelum ni usaha Dr. Mahathir nak jolok Mukhriz untuk jadi Ketua Pemuda Umno gagal aku tak rasa kerusi Ketua Pemuda Umno sesuai untuk Mukhriz.

Dengan jawatan sebagai Menteri Mesar Kedah lebih sesuai Mukhriz bertanding jawatan lebih tinggi. Kalau dia bertanding jawatan Timbalan Presiden nampak sangat gelojohnya jadi jawatan Naib Presiden yang ada 3 kerusi tu sangat-sangat sesuai.

Dan memang tepat sekali kedudukan Zahid Hamidi memang sangat-sangat tak selamat. Tambah-tambah pulak dengan rekod awal 'kegagalan' Zahid Hamidi menghalang siri himpunan dan demonstrasi #Blackout505 akan memburukkan lagi nama Zahid.

Tapi dengan sokongan padu Dr. Mahathir dibelakang dia, Mukhriz sebenarnya tak perlu risau, memang menang dalam tandan punya.

Berbalik kepada kerusi Ketua Pemuda Umno, Khairy tentu tersenyum lebar dengan berita ni. Bukan nak kata dia akan menang mudah mempertahankan jawatan Ketua Pemuda Umno yang dia pegang tu tapi kalau Mukhriz lawan dia memang kompom la dia akan kalah. Bukan takat kalah tapi akan kalah teruk.

Tambah-tambah dengan jawatan menteri yang akhirnya Najib mungkin terpaksa bagi jugak kat dia, memang harapan untuk Khairy menang cukup besar. Kalau takat lawan Khair Toyo memang menang besar la dia.

Tapi taktau la pulak kalau ada calon lain yang mampu beli undi dari akar umbi yang bakal mengundi pemilihan Umno dalam sistem yang pertama kali akan Umno gunapakai hujung tahun ni. Mana tau kut-kut Dr. Mahathir sanggup sponsor semata-mata untuk kalahkan Khairy yang memang dia tak suka.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...