Mungkin dah sampai masanya, PAS perwakilan memikirkan pilihan untuk PAS mengubah stail kepimpinannya dengan memilih bukan ulama' sebagai Presiden.
Malaysiakini hari ni memuatkan tulisan Shake Omar Ali yang bertajuk Muktamar PAS 2013 bukan lagi urusan 'rumah tangga'. Satu tulisan yang cukup baik.
Antara lain ditulis:
Muktamar kali ini tidak boleh lagi sekadar dilihat urusan dalaman 'rumah tangga' PAS semata-mata kerana PAS pada tahap kini sudah menjadi rumah tangga yang berteduh di bawahnya seluruh rakyat Malaysia sesuai dengan slogan 'PAS for All'.
Bahkan lebih mencabar lagi, elemen-elemen ketokohan yang perlu dinilai oleh para perwakilan nanti perlu bersifat pakej dengan mengambil kira elemen-elemen kepimpinan Islam sedia ada yang dikendong PAS selama ini sebagai sebuah gerakan Islam tanah air. - Mkini.
Aku cukup tak setuju kalau ada ahli dan pemimpin PAS yang kata hanya ahli PAS yang layak bercakap soal kepimpinan PAS, hanya ahli dan pemimpin PAS yang layak bagi pendapat sapa yang patut pimpin PAS.
Memang dari segi peraturannya hanya ahli dan pimpinan PAS saja yang layak mengundi untuk tentukan sapa yang akan dipilih dalam pemilihan PAS Pusat hujung tahun nanti. Itu pun bukan semua, cuma segelintir kecil sahaja yang ada kuasa tu, cuma yang jadi perwakilan saja yang ada kuasa mengundi.
Maksud aku perwakilan yang bakal mengundi kelak sepatutnya bukan sekadar syok sendiri, pilih pemimpin yang depa suka tapi sepatutnya pilih pemimpin yang boleh tarik sokongan majoriti rakyat Malaysia yang bukan saja berbilang kaum tapi juga bermacam rencam.
Pasainya, PAS sebagai sebuah parti politik memang sangat-sangat memerlukan sokongan majoriti rakyat untuk berjaya dalam pilihanraya.
PAS sangat-sangat memerlukan seorang 'ikon' yang boleh diterima oleh semua pihak yang dilihat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Anwar Ibrahim, seorang yang dah lama capai tahap 'ikon' politik di Malaysia.
PAS sangat perlu melahirkan tokoh setanding Allahyarham Ust Fadhil Nor, bekas presiden PAS yang digeruni dan dihormati oleh kawan dan lawan bukan atas sifatnya sebagai seorang ulama' tapi lebih kepada kehebatannya berpolitik.
Malangnya sampai setakat ni, TG Hj Hadi masih gagal untuk capai tahap tu. Aku tau ramai yang mungkin tak setuju dengan aku tapi hangpa yang tak setuju dengan aku kena terima hakikat yang lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang setuju dengan aku yang digambarkan dengan jelas oleh keputusan PRU13.
Mungkin dah sampai masanya, PAS perwakilan memikirkan pilihan untuk PAS mengubah stail kepimpinannya dengan memilih bukan ulama' sebagai Presiden. Mungkin dengan pimpinan stail baru tu PAS akan mampu bukak mata lebih ramai orang melayu dan mungkin akan mampu tarik lebih banyak sokongan dari pengundi melayu untuk PRU14 nanti.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis