Mungkin kut salah faham pasai PSM sebagai parti menjulang Lenin dan Stalin dan bernabikan Karl Marx dah tak relevan kut. Ataupun, mungkin jugak semua ni cuma satu harapan palsu untuk PSM dan semua pejuang bermazhab sosialis..
Malaysiakini melaporkan:
Pakatan Rakyat hari ini memutuskan untuk menubuhkan satu jawatankuasa bagi meneliti mengenai hasrat Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk menyertai gabungan tiga parti pembangkang itu.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) berkata setakat ini tidak ada keputusan kerana belum ada konsensus bagi membolehkan parti sosialis itu untuk menyertai Pakatan. - Mkini.
Aku cukup sokong Pakatan Rakyat terima PSM, pasainya walaupun ahli dan penyokong PSM tak ramai mana tapi harus diingat, dalam demokrasi stail Malaysia, kurang 1 undi pun tetap dikira kalah dan bukan setakat undi ahli dan penyokong PSM, undi ahli Umno pun kita nak untuk pastikan Umno BN ditumbangkan dalam PRU14 nanti.
Apa pun, keputusan PR hari ni bukan keputusan setuju terima penyertaan PSM tapi cuma setuju tubuhkan satu jawatankuasa khas untuk teliti pasai tu.
Malaysiakini juga melaporkan:
Beliau turut diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution, bahawa PSM tidak mempunyai ruang menyertai Pakatan.FreeMalaysiaToday sebelum ni melaporkan:
Jelasnya, kenyataan Saifuddin itu adalah dari sudut keengganan parti kiri itu menyokong dasar bersama Pakatan.
"Tadi, kita kata kita beri ruang untuk teliti dulu (pandangan)... Saifuddin pun ada (dalam mesyuarat). Dia pun setuju," kata Anwar. - Ibid.
The Pakatan Rakyat coalition will “never” accept Parti Sosialis Malaysia (PSM) into its fold, PKR’s Saifuddin Nasution said today.Mushkil sikit aku, aku dok ingat selama ni PAS saja yang tak setuju PSM sertai Pakatan Rakyat atas alasan PSM tu pasai menjulang Lenin dan Stalin dan bernabikan Karl Marx, rupa-rupanya ketiga-tiga parti tak setuju PSM masuk Pakatan Rakyat.
He said the general consensus is that the doors are closed to PSM.
“I stand by my earlier statement on the position of PSM being accepted by Pakatan.
“For the last five years as a member of Pakatan’s leadership council, I am crystal clear about the issue and collective stand by DAP, PAS and PKR.
“There will never be consensus for them (PSM) to be a part of the coalition,” he told FMT. - FMT.
Lebih memushkilkan aku sebelum ni Malaysiakini melaporkan:
PAS bersetuju menjadi orang tengah untuk menyusun perbincangan antara Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat bagi membincangkan sama ada parti haluan kiri itu selari dengan gabungan pembangkang.Harakahdaily sebelum tu melaporkan:
Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan mendedahkan perkara ini ketika dihubungi.
Menurutnya lagi, ia merupakan hasil utama daripada mesyuarat panjang mereka dengan kepimpinan PAS di Kuala Lumpur semalam. - Mkini.
Satu pertemuan antara pemimpin PAS dengan PSM akan diadakan minggu depan bagi menyelesaikan beberapa isu yang berbangkit pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.Mungkin kut salah faham pasai PSM sebagai parti menjulang Lenin dan Stalin dan bernabikan Karl Marx dah tak relevan kut.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pertemuan tersebut akan diadakan pada 18 Jun ini bertempat di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.
"Bagi PAS, yang akan hadir pada pertemuan itu adalah Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Naib Presiden Salahudin Ayub, dan saya sendiri.
"Presiden PAS tidak dapat hadir kerana perlu menghadiri persidangan Dun Terengganu, dan akan diwakili setiausaha politiknya Dr Ahmad Samsuri Mokhtar," katanya kepada Harakahdaily. - Hrkh.
Ataupun, mungkin jugak semua ni cuma satu harapan palsu untuk PSM dan semua pejuang bermazhab sosialis..
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis