Kalau la cadangan ni dari Ecxo/Adun PAS tentu punya jadi kontroversi... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Jun 18, 2013

Kalau la cadangan ni dari Ecxo/Adun PAS tentu punya jadi kontroversi...

Yang positifnya, cadangan yang 'kontroversi' ni datang dari Teng Chang Kim, Exco dari DAP. Aku kata 'kontroversi' pasai kalau cadangan macam ni datang dari Exco atau Adun PAS tentu punya akan jadi kontroversi.

Harakahdaily melaporkan:
Adun PAS di Selangor menyambut baik sebarang usaha yang dibuat oleh kerajaan negeri Selangor untuk membendung masalah sosial termasuklah memisahkan pusat refleksologi mengikut jantina.

Bagi mereka, ia satu idea yang baik untuk membendung masalah yang berbangkit dari pusat refleksologi ini. - Hrkh.
Juga dilaporkan:
Menurut Adun Bangi Mohd Shafie Ngah (gambar kanan) cadangan Chang Khim itu satu usaha yang boleh diterima pada peringkat awal untuk mengurangkan pusat urut yang beroperasi secara haram.

"Usaha ini perkara yang baik, dalam masa yang sama exco baru perlu lebih serius dari segi penguatkuasaan khususnya membuat operasi menutup primis-premis yang haram ini," katanya kepada Harakahdaily.

Sementara itu, Adun Paya Jaras Mohamad Khairuddin Othman bersetuju dengan sebarang usaha yang dilakukan asalkan ianya dapat membendung masalah sosial namun beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan negeri.

Beliau juga percaya peguatkuasaan yang dijalankan secara berterusan boleh menghalang wujudnya premis haram khususnya yang mengundang kepada aktiviti pelacuran. - Ibid.
Sebelum itu Malaysiakini ada melaporkan:
Sebagai exco Selangor yang bertanggungjawab terhadap kerajaan tempatan, Datuk Teng Chang Khim yang baru dilantik ke jawatan itu mempunyai banyak kerja daripada aduan kutipan sampah sehinggalah kepada dakwaan bercambahnya kegiatan maksiat di negeri itu.

Dakwaan rumah urut yang tumbuh bagai cendawan sentiasa menjadi isu hangat, yang turut menguji pendahulunya sebelum ini Ronnie Liu.

"Saya ada idea ini... untuk adakan rumah urut (sama jantina) sahaja. (Jika) kamu mohon pusat urut untuk lelaki, seluruh kawasan itu akan dizonkan sebagai zon lelaki.

"Tiada wanita dibenarkan, walaupun tukang cuci," katanya. - Mkini.
Satu cadangan yang cukup baik yang tentunya punya boleh mengurangkan masalah sosial dengan menghapuskan pusat perlacuran haram yang berlindung disebalik nama pusat urut dan refleksologi.

Yang positifnya, cadangan yang 'kontroversi' ni datang dari Teng Chang Kim, Exco dari DAP. Aku kata 'kontroversi' pasai kalau cadangan macam ni datang dari Exco atau Adun PAS tentu punya akan jadi kontroversi macam isu pengharaman penjualan arak di 7-11 sebelum ni.

Macam tu jugak peraturan pengasingan gender yang dibuat di Kelantan contohnya peraaturan pengasingan dikaunter bayaran jadi cukup kontroversi dan isu panas. Macam tu jugak yang terbaru tahun lepas cadangan pengasingan gender di salon atau kedai gunting rambut.

Terima Kasih Teng Chang Kim pasai 'tolong' memudahkan 'kerja' Adun dari PAS melaksanakan tanggungjawab depa untuk amar ma'ruf nahi mungkar.

Tugas Exco dan Adun PAS lepas ni cuma kena pastikan cadangan Teng ni dapat direalisasikan dan berjalan dengan jayanya dan jugak mungkin boleh difikirkan kaedah untuk kembangkan lagi cadangan Chang Kim ni.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...