Pakatan Rakyat salah tembak SPR? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Jun 30, 2013

Pakatan Rakyat salah tembak SPR?

Kalau ikut kacamata SPR memang depa-depa tu layak jadi pengundi kalau depa-depa tu memang dapat MyKad yang JPN keluarkan.

mStar melaporkan:
Tanggungjawab memastikan kebersihan daftar pemilih juga terletak pada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kata beberapa pemerhati pilihan raya. Ketua Pegawai Eksekutif Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan berkata daftar pemilih yang meragukan tidak sepatutnya dibenarkan oleh JPN.

"Jika anda mahu memperbaiki daftar pemilih, saya fikir Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah entiti yang salah untuk dikritik.

"JPN adalah yang perlu dilihat," katanya pada Majlis Peguam, Sabtu. - mStar.
Aku cukup setuju, dalam bab bagi Banglasia mengundi memang tak tepat kalau kita terus tembak SPR pasainya SPR memang 'tak salah'.  Kalau ikut kacamata SPR memang depa-depa tu layak jadi pengundi kalau depa-depa tu memang dapat MyKad yang JPN keluarkan.

Kalau dulu mungkin kita boleh salahkan SPR tapi bila SPR gunakan ALIS untuk semak dengan database JPN, memang sepatutnya semua orang Bangla yang boleh mengundi tu memang layak didaftarkan pasai dalam database JPN nama depa memang ada sebagai warganegara.

Cumanya kita tak boleh nak pastikan depa-depa yang didaftarkan tu memang betul dah dapat taraf warganegara atau tidak pasai kita takdak akses dengan database JPN.

Memang nampak tak cerdik kita tembak SPR dalam isu Banglasia boleh mengundi tu.

Apa pun, aku tulis SPR 'tak salah' pasai aku yakin sebenarnya SPR memang bersalah pasai berkomplot dengan JPN. Aku cukup yakin pendaftaran Banglasia dan Filipisia ni dibuat oleh satu team khas yang dalam team tu siap ada pegarai SPR dan JPN yang memang buat kerja CELAKA tu.

Mula-mula depa JPN bagi taraf warganegara lepas tu SPR pulak daftarkan depa tu sebagai pengundi ditempat yang memang dipilih khas oleh team celaka tu.

Aku tak berapa pasti sangat pasai orang Bangla tapi kalau orang Vietnam aku yakin memang ada. Pasainya aku memaang dapat maklumat orang Vietnam yang mengaku Kemboja yang ramai di Parit Buntar memang ramai yang dapat kad pengenalan segera tapi beralamat di Selangor dan Pahang, bukan alamat di Parit Buntar.

Kalau betul takdak kerja CELAKA, pasai apa depa didaftarkan guna alamat di Selangor atau Pahang pasahal depa duduk dan berniaga di sekitar Parit Buntar.

Cuma masalahnya nak bagi bukti yang boleh diterima di mahkamah memang takdak pasainya puak-puak Vietnam ni memang jaga sungguh dokumen depa.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...